Isnin, 6 Disember 2010

inovasiku..

the beauty of rania

my father new creation

jumping joy

sick cat

my girls

the next ronaldo

Khamis, 2 Disember 2010

MAHA 2010

MAHA 2010, satu perkataan yang dapat diringkaskan daripada pameran ini, meletihkan. secara dasarnya, pameran berdasarkan pertanian ini memang bagus tetapi meletihkan dan sangat tidak sesuai untuk kanak-kanak walaupun terdapat bahagian pameran untuk mereka..

ini adalah permandangan dari tempat letak kenderaan yang berada diatas bukit. dari tempat letak kenderaan, terpaksa berjalan ke tempat mengambil bas kurang lebih 300m(tak jauh, tapi kalau matahari kat atas kepala?).

inilah keadaan semasa sampai di tempat mengambil bas, barisan manusia yang cukup panjang. ini gambar yang di depan.

ini adalah gambar orang-orang dibelakang. semua orang ini beratur untuk menaiki bas yang akan membawa ke dewan dimana ruang pameran utama(rasanya) diadakan. selamat beratur.


selepas 10minit beratur(semakin hampir dengan bas), barisan bertambah panjang. tapi apa yang boleh dipuji disini adalah, walaupun keadaannya begini, orang ramai masih lagi sabar menanti.


akhirnya, selepas 15minit, dapat juga menaiki bas ni. tapi apabila pandang ke belakang untuk melihat....

...mereka masih lagi setia beratur. teruskan usaha.

untuk sampai kedewan pameran, pengunjung terpaksa berjalan kaki manaiki bukit lebih 200meter untuk sampai. laluan ini khas unttuk kenderaan ringan sahaja rasanya.

akhirnya sampai. ada 4 dewan utama, tapi sempat masuk 2 sahaja kerana masa yang tidak mngizinkan. tahap kepanasan juga adalah sebab utama mengapa tidak berada lama disini. selepas mengambil gambar untuk tujuan maklumat kerja, terus sahaja bergerak balik.

turun bukit

beratur untuk naik bas

bayangkan, hampir setengah jam beratur dimana matahari berada diatas kepala untuk menaiki bas balik ke tempat letak kenderaan. ini adalah barisan yang dibelakang. sekali lagi, selamat beratur.

terima kasih kepada para petugas. ini sahaja yang berani diambil kerana muka petugas lalu lintas kebanyakannya garang-garang.(mungkin pasal panas).

kepada ibubapa, pameran ini sangat-sangat tidak sesuai untuk kanak-kanak apalagi untuk bayi. walaupun terdapat tempat bermain atau ruang pameran untuk mereka. dengan keadaan yang panas terik dan berdebu diharap ibubapa lebih prihatin kerana banyak lagi tempat untuk membawa mereka bersanatai.semasa menghadiri, terdengar satu pengumuman "kepada sesiapa yang kehilangan anak bla..bla..bla..". nasib baik petugas yang jumpa, kalau lain? fikir-fkirkanlah sendiri. kalauini adalah nasihat peribadi sahaja