Memaparkan catatan dengan label cebisan kisah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label cebisan kisah. Papar semua catatan

Ahad, 1 Januari 2012

yang pertama di 2012..

baru saja 2011 berlalu dan sekarang sudah masuk tahun yang berikutnya. banyak benda yang telah tercapai dalam tahun sebelum ini tetapi banyak juga perkara yang tidak sempat hendak dikerjakan dan disiapkan. jadi seperti biasa, kita ini sebagai manusia akan berazam untuk cuba mencapai apa yang tidak pada tahun seterusnya. 

            seperti biasa, ramai yang akan menanam hajat dan cita-cita yang baru untuk dicapai pada tahun yang baru ini. ada insan yang memang tiap-tiap tahun memasang azam tetapi hanya setakat pasang sajalah, pasal memenuhkan hajat tu , belakang kira. ada yang memang menjadikan ini sebagai hobi tahun baru bagi menghebahkan dalam 'muka buku' atau mana-mana media sosial atau peribadi. kumpulan ini pun seperti  yang pertama, buat  belakang kira. apa yang diceritakan ini berlaku pada kebanyakan insan tetapi tidak semua. kumpulan yang bijak adalah yang memasang apa yang hendak dicapai didalam hati, tanamkannya sehingga berbuah dan kongsikan hasilnya bersama rakan-rakan(jika ada sifat dermawanlah).

               disini, apa yang cuba dikongsikan adalah apa yang telah dicapai dan apatidak dicapai sepanjang tahun 2011. perkara pertama sudah semestinya apa yang menjadi minat sejati dalam diri, bola tampar. tercapai juga hajat untuk membawa pasukan bola tampar jabatan ke sukan MAKSWIP di perlis selepas tahun sebelumnya tidak dapat dilakukan. terima kasih kepada semua sahabat yang bersama berusaha.



yang kedua, akhirnya berjaya memiliki kereta idaman sejak dari zaman 'u'. walaupun kenderaan terpakai dan berhutang dengan bank. tak tahu kenapa minat sangat dengan kereta ni. tapi apa yang membuat tercetusnya rasa ingin memilikinya sejak menumpang seorang sahabat masa zaman belajar manaiki kereta ni. agaknyalah. 



ada lagi dua tiga perkara yang telah dicapai tetapi tidak begitu seronok untuk dikongsi.selain dari cita-cita yang tercapai, ada perkara besar yang terjadi dalam kalendar 2011. dan perkara yang terhebat dalam tahun tersebut adalah kelahiran cahaya mata yang ketiga, uzair razin. hari ini genap tujuh bulan si kecil ni.

6 hari

6 bulan

rasanya tiada apa lagi yang besar berlaku selain dari ini sepanjang yang aku ingat. diharapkan pada tahun yang baru ini dapat meraih segala yang dihajati. sekian.




     

Rabu, 21 September 2011

family album... raya 2011 edition..






















ini adalah gambar keluarga yang terlengkap yang pernah diambil. ini kerana setiap kali nak ambil gambar sekeluarga belah pahang ni, mesti ada je yang tak ada.

Rabu, 6 Julai 2011

berkata-kata tentang pahala sedang kaki melangkah dosa..

sebelum mengulas lebih panjang, aku nak kongsi beberapa pegangan atau prinsip hidup aku yang aku pegang dari masa sebelum kawin sehingga sekarang dan mungkin akan datang. dan mungkin apa yang aku hendak luahkan ini akan menghilangkan segala apa yang aku rahsiakan selama ini dan seperti yang aku pernah dengar seorang ustaz berkata,

"kalau kita mengungkit kebaikan yang kita buat, satu benda pun tak dapat seperti lumpur yang berada diatas batu yang mana sekali air datang, batu itu akan bersih seperti tidak pernah berlumpur. dan lumpur itu seperti kebaikan yang kita buat, sekali kita mengungkit, pahala kita akan hilang macam kita tak pernah buat."

ini adalah pemahaman dan dalam bahasa yang aku faham. kalau salah atau info ni salah, maafkanlah.
karma. baik dibalas baik dan jahat dibalas jahat. macam sinonim dan antonim. apa yang nak aku luahkan dan bukan nak berkongsi adalah mengapa ramai manusia disekeliling aku dan yang rapat dengan aku suka berkata-kata tentang kebaikan, kemulian, keindahan serta kecantikan padahal dalam diri mereka penuh dengan keburukan dan penghinaan semata-mata. aku ini jenis yang bukan  mudah nak mendengar sesuatu fakta atau info dan percaya. aku hanya akan percaya kepada bukti yang ada dan yang aku dapat sendiri. dan kalau aku tak dapat bukti yang tepat aku akan mencari bukti kearah itu atau sebaliknya. tapi kalau sesuatu yang sudah baik dan diperakui, aku tak ada pula nak cari keburukannya sehingga ada yang tidak kena.

aku benci dengan orang berkata-kata tentang kebaikan yang nak dilakukan atau sudah dilakukan dengan nada yang nak menyatakan dia bagus atau baik. cerita pasal sembahyang dan puasa, cerita pasal sesuatu yang menunjukkan yang dia ni cerdik dan pandai kerana menuntut dan belajar dari tempat yang terbaik dalam kelas tersendiri dan diperakui. bercakap tentang kejayaan dan kehebatan, "akulah aku cintailah aku, sayangilah aku dan jadilah macam aku serta ikutlah aku kerana aku yang terbaik". kerana orang yang macam inilah yang membuat islam itu hanya sekadar dalam tertulis di kad pengenalan dan surat beranak dan bukan diikuti dan dihayati dan di amalkan. orang macam ni aku labelkan sebagai 'salesman' atau jurujual. aku tak pernah mengatakan ada yang baik dan jahat, bagi aku semua yang aku labelkan jurujual adalah jahat dan memang berniat jahat. pernah ke kita jumpa seorang jurujual kereta menyatakan keburukan kereta yang nak mereka jual. tak ada. semua kereta yang mereka jual tip top.kalau kita tengok sendiri imej mereka ni pun, terbaik. siap pakai tali leher walau suhu kat malaysia ni sentiasa berbahang, janji, 'terbaeekkkk'(ejaan orang sekarang).mereka ni kaki pengampu jenis 'one night stand' sebab itu mereka tak boleh bekerja dengan orang, mesti nak bekerja sendiri (ini bagus,berdikari namanya). pasal apa aku kata pengampu jenis ni?fikirkanlah sendiri. aku ni bercakap pasal aku pengalaman dalam bidang ni dan aku berasa sangat kesian kepada mangsa-mangsanya.

aku jijik dengan orang yang berpenampilan alim dan menulis pasal islam, tentang keindahan islam, tentang tata hidup islam, dosa dan pahala dalam islam, tentang apa yang boleh dan tak boleh dalam islam dan segalanya yang menunjukkan islam adalah yang terbaik tetapi diri sendiri tidak ke arah itu. bukan sahaja tidak mengamalkannya malah menyimpang terus dari ajaran islam.mudah tunduk dengan hawa nafsu dan setan. aku bukan nak mengatakan yang aku tak pernah buat dosa tapi fikir sebelum bertindak. mereka-mereka yang jijik ini hanya memalitkan lumpur kepada semua yang berada disekeliling sedangkan yang berkubang dalam dosa hanya mereka.

mengapa kita perlu menggunakan agama kita yang suci untuk menutup jejak dan perbuatan aib yang kita buat dengan harapan kita akan terselamat dan terlepas. mengapa kita mahu menyimpang sedangkan kita sudah berada dilandasan yang benar. adakah kerana kita yakin kita mampu kembali apabila kita mahu. adakah esok itu pasti. mungkin sekejap lagi akan mati. adakah kerana kita muda dan sihat serta banyak wang membolehkan kita hidup lebih lama dari yang tua dan sakit serta papa kedana. untuk pengetahuan semua nenek aku kat kampung sihat lagi sekarang yang mana dua anak dia(makcik aku) dan tiga cucu dia sudah meninggal dunia, dalam tempoh masa yang berbeza.

aku hanya benci dan jijik dengan mereka-mereka ini kerana selagi mana mereka terus begitu, dan sekiranya  tidak lagi begitu dan aku memohon supaya mereka kembali waras dalam pertimbangan, tanpa prejudis aku boleh menerima seperti 'batu yang tidak pernah berlumpur'. 

Selasa, 24 Mei 2011

ini kenderaan kementerian ....

nak berkongsi cerita sedikit pasal gambar ni. kalau perasan ini adalah kereta kerajaan kerana ada lambang jata pada pintu kenderaan ni. ini bukan nak mengata pada jabatan/kementerian ni, tapi sebagai pegawai bertanggungjawab, tidak sepatutnya orang ini meninggalkan kenderaan hakmilik kerajaan dengan keadaan tidak berkunci dan enjin tidak dimatikan semata-mata untuk membeli barang, walaupun sekejap. apa pun boleh jadi. sekadar teguran ringan..

Sabtu, 7 Mei 2011

pagi yang tiada apa..

hari ini tak ada perancangan lagi. tapi terasa macam ke taman tepi tasik untuk tidur berehat. cadangan yang bijak...

Sent from my HTC

Rabu, 6 April 2011

my kenari

akhirnya, dapat juga membeli kereta kedua yang dah lama dirancang. dan apa yang lagi mengembirakannya, kereta yang menjadi idaman semasa kereta ni baru keluar sedikit masa dulu, kenari 'aero sport'. ni bukan cerita kereta baru tapi kereta terpakai(ni je yang mampu selepas dikira serba serbi).


bermula 1 april 2011 hari tu, kereta ni mempunyai tuan baru. setakat ni paling laju pernah pecut 120km/j, stabil  dan ok(takut nak lebih-lebih). minyak isi penuh rm50. dalaman kereta ni semua macam asal termasuk pemain cd dan sistem bunyi yang lain.


setakat ni dan secara keseluruhannya puas hati walaupun agak mahal sedikit dari harga biasa. satu yang boleh dipuji kereta kanari ni, walaupun kecil tapi selesa untuk 5 sekeluarga.

Isnin, 29 November 2010

bla.. bla.. about...sahabat atau subahat(bab1)

dah rasa lama sangat tak menulis. bukan sebab tak ada idea atau tak ade cerita, tapi macam tak reti nak tulis cerita yang ada di akal ini. tapi hari ni rasa nak perah-perah otak sampai dapat keluarkan juga apa sahaja yang berlegar difikiran ni.
      pertama, nak cakap pasal sahabat atau rakan-rakan atau lebih rapat lagi kita panggil 'geng'. geng ni, ada yang baik dan tak kurang yang buruk perangai. ini tak boleh kita nafikan. ada juga geng yang tak boleh kita buat geng kerana dan atas sebab dia tak menganggap kita seperti yang kita harap dari dia. hari ini nak bercerita apa yang difahami tentang apa itu geng, apa itu sahabat, apa itu rakan, apa itu kawan dan tak dilupakan apa itu teman. bagi sesetengah orang, semua ini satu perkataan yang membawa maksud yang sama, tapi sebenarnya tidak. dan akan dijelaskan mengapa. dan yang sejujurnya ini adalah pendapat peribadi yang ditimba dari pengalaman.
      pertama sekali, mari bercerita tentang teman, apa yang difahami tentang teman? kalau buka kamus kita akan berjumpa apa yang dimaksudkan. 'teman' (bukan dari kamus) adalah serpihan sahabat yang paling malang. mengapa? teman biasanya digunakan untuk kepentingan sendiri sahaja. tiada istilah beri dan terima. ibarat kuli dan bos "saya yang menurut perintah". tak percaya? ini bukti.."wei, kau temankan aku pergi shopping" atau "aku nak bayar bil, jom temankan aku". ini adalah contoh dimana seorang 'teman' itu dikulikan. 'teman' ini akan diajak untuk melakukan sesuatu yang bukan kehendak dan kemahuannya tetapi melakukan atas dasar 'sahabat'.
(bersambung...)

    

Isnin, 26 Julai 2010

family day jpph selangor..




penat tapi menyeronokkan. itulah ganbaran yang dapat dikongsikan pada edisi hari keluarga kali ini yang pertama kali menggabungkan pejabat satu selangor (macam1malaysia).
      banyak benda tercapai yang tercapai pada edisi kali ini, dan yang paling dirasai ialah mengenali rakan-rakan di pejabat lain sebelum ini mungkin hanya berbual ditelefon atau berjumpa semasa kursus sahaja.


pada hari pertama, acara untuk orang dewasa telah dijalankan selepas semua peserta mendapat bilik penginapan masing-masing. acara dijalankan serentak iaitu bola tampar pantai dan futsal.


separuh akhir - gombak vs shah alam (2-1)

akhir - gombak vs klang (2-0)

separuh akhir - gombak vs shah alam (2-0)

pada hari kedua, diadakan acara untuk kanak-kanak..


kepada rakan-rakan yang nak gambar dari simpanan blog ini, tinggalkan e-mail dan nama pada komen/catatan dibawah... tiada bayaran akan dikenakan untuk penghantaran e-mail...