sebelum mengulas lebih panjang, aku nak kongsi beberapa pegangan atau prinsip hidup aku yang aku pegang dari masa sebelum kawin sehingga sekarang dan mungkin akan datang. dan mungkin apa yang aku hendak luahkan ini akan menghilangkan segala apa yang aku rahsiakan selama ini dan seperti yang aku pernah dengar seorang ustaz berkata,
"kalau kita mengungkit kebaikan yang kita buat, satu benda pun tak dapat seperti lumpur yang berada diatas batu yang mana sekali air datang, batu itu akan bersih seperti tidak pernah berlumpur. dan lumpur itu seperti kebaikan yang kita buat, sekali kita mengungkit, pahala kita akan hilang macam kita tak pernah buat."
ini adalah pemahaman dan dalam bahasa yang aku faham. kalau salah atau info ni salah, maafkanlah.
karma. baik dibalas baik dan jahat dibalas jahat. macam sinonim dan antonim. apa yang nak aku luahkan dan bukan nak berkongsi adalah mengapa ramai manusia disekeliling aku dan yang rapat dengan aku suka berkata-kata tentang kebaikan, kemulian, keindahan serta kecantikan padahal dalam diri mereka penuh dengan keburukan dan penghinaan semata-mata. aku ini jenis yang bukan mudah nak mendengar sesuatu fakta atau info dan percaya. aku hanya akan percaya kepada bukti yang ada dan yang aku dapat sendiri. dan kalau aku tak dapat bukti yang tepat aku akan mencari bukti kearah itu atau sebaliknya. tapi kalau sesuatu yang sudah baik dan diperakui, aku tak ada pula nak cari keburukannya sehingga ada yang tidak kena.
aku benci dengan orang berkata-kata tentang kebaikan yang nak dilakukan atau sudah dilakukan dengan nada yang nak menyatakan dia bagus atau baik. cerita pasal sembahyang dan puasa, cerita pasal sesuatu yang menunjukkan yang dia ni cerdik dan pandai kerana menuntut dan belajar dari tempat yang terbaik dalam kelas tersendiri dan diperakui. bercakap tentang kejayaan dan kehebatan, "akulah aku cintailah aku, sayangilah aku dan jadilah macam aku serta ikutlah aku kerana aku yang terbaik". kerana orang yang macam inilah yang membuat islam itu hanya sekadar dalam tertulis di kad pengenalan dan surat beranak dan bukan diikuti dan dihayati dan di amalkan. orang macam ni aku labelkan sebagai 'salesman' atau jurujual. aku tak pernah mengatakan ada yang baik dan jahat, bagi aku semua yang aku labelkan jurujual adalah jahat dan memang berniat jahat. pernah ke kita jumpa seorang jurujual kereta menyatakan keburukan kereta yang nak mereka jual. tak ada. semua kereta yang mereka jual tip top.kalau kita tengok sendiri imej mereka ni pun, terbaik. siap pakai tali leher walau suhu kat malaysia ni sentiasa berbahang, janji, 'terbaeekkkk'(ejaan orang sekarang).mereka ni kaki pengampu jenis 'one night stand' sebab itu mereka tak boleh bekerja dengan orang, mesti nak bekerja sendiri (ini bagus,berdikari namanya). pasal apa aku kata pengampu jenis ni?fikirkanlah sendiri. aku ni bercakap pasal aku pengalaman dalam bidang ni dan aku berasa sangat kesian kepada mangsa-mangsanya.
aku jijik dengan orang yang berpenampilan alim dan menulis pasal islam, tentang keindahan islam, tentang tata hidup islam, dosa dan pahala dalam islam, tentang apa yang boleh dan tak boleh dalam islam dan segalanya yang menunjukkan islam adalah yang terbaik tetapi diri sendiri tidak ke arah itu. bukan sahaja tidak mengamalkannya malah menyimpang terus dari ajaran islam.mudah tunduk dengan hawa nafsu dan setan. aku bukan nak mengatakan yang aku tak pernah buat dosa tapi fikir sebelum bertindak. mereka-mereka yang jijik ini hanya memalitkan lumpur kepada semua yang berada disekeliling sedangkan yang berkubang dalam dosa hanya mereka.
aku jijik dengan orang yang berpenampilan alim dan menulis pasal islam, tentang keindahan islam, tentang tata hidup islam, dosa dan pahala dalam islam, tentang apa yang boleh dan tak boleh dalam islam dan segalanya yang menunjukkan islam adalah yang terbaik tetapi diri sendiri tidak ke arah itu. bukan sahaja tidak mengamalkannya malah menyimpang terus dari ajaran islam.mudah tunduk dengan hawa nafsu dan setan. aku bukan nak mengatakan yang aku tak pernah buat dosa tapi fikir sebelum bertindak. mereka-mereka yang jijik ini hanya memalitkan lumpur kepada semua yang berada disekeliling sedangkan yang berkubang dalam dosa hanya mereka.
mengapa kita perlu menggunakan agama kita yang suci untuk menutup jejak dan perbuatan aib yang kita buat dengan harapan kita akan terselamat dan terlepas. mengapa kita mahu menyimpang sedangkan kita sudah berada dilandasan yang benar. adakah kerana kita yakin kita mampu kembali apabila kita mahu. adakah esok itu pasti. mungkin sekejap lagi akan mati. adakah kerana kita muda dan sihat serta banyak wang membolehkan kita hidup lebih lama dari yang tua dan sakit serta papa kedana. untuk pengetahuan semua nenek aku kat kampung sihat lagi sekarang yang mana dua anak dia(makcik aku) dan tiga cucu dia sudah meninggal dunia, dalam tempoh masa yang berbeza.
aku hanya benci dan jijik dengan mereka-mereka ini kerana selagi mana mereka terus begitu, dan sekiranya tidak lagi begitu dan aku memohon supaya mereka kembali waras dalam pertimbangan, tanpa prejudis aku boleh menerima seperti 'batu yang tidak pernah berlumpur'.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan