tahniah buat sahabat yang dah lama tak bersua muka, zaki zainol a.k.a. kangaq. betul kata orang tua, diam ubi tu, kebanyakannya memang berisi dan memang anda memang jenis ubi yang subur. tahniah sekali lagi kerana nama anda sudah meniti dikebanyakan bibir rakan-rakan sesawang.
karya takluk jagat ni, belum khatam lagi dan selagi tak habis, jadi tak berani nak bagi komen. nanti apabila habis ditelaah baru kita cerita. dan secara jujurnya, ini adalah buku yang ketiga yang ingin dibaca selepas menerima suara-suara yang menyarankan untuk dihayati. buku pertama juara yang tewas. tengok dari tajuk pun kita tahu yang hero yang kalah(suka cerita anti-klimak).buku kedua, agak baru ayat-ayat cinta dan yang ketiga dan tak habis lagi takluk jagat.
kebanyakan ulasan memang menarik lagi minat untuk menghayati buku ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan