Rabu, 28 Julai 2010

lagi gambar hari keluarga jpph selangor...



 ini adalah antara baby sitter yang banyak berjasa. ribuan terima kasih diucapkan, dengan ucapan, tahun depan jagalah lagi...

Isnin, 26 Julai 2010

family day jpph selangor..




penat tapi menyeronokkan. itulah ganbaran yang dapat dikongsikan pada edisi hari keluarga kali ini yang pertama kali menggabungkan pejabat satu selangor (macam1malaysia).
      banyak benda tercapai yang tercapai pada edisi kali ini, dan yang paling dirasai ialah mengenali rakan-rakan di pejabat lain sebelum ini mungkin hanya berbual ditelefon atau berjumpa semasa kursus sahaja.


pada hari pertama, acara untuk orang dewasa telah dijalankan selepas semua peserta mendapat bilik penginapan masing-masing. acara dijalankan serentak iaitu bola tampar pantai dan futsal.


separuh akhir - gombak vs shah alam (2-1)

akhir - gombak vs klang (2-0)

separuh akhir - gombak vs shah alam (2-0)

pada hari kedua, diadakan acara untuk kanak-kanak..


kepada rakan-rakan yang nak gambar dari simpanan blog ini, tinggalkan e-mail dan nama pada komen/catatan dibawah... tiada bayaran akan dikenakan untuk penghantaran e-mail...

Khamis, 15 Julai 2010

Iklan yang buat aku terfikir... bertuahnya aku..

video
mula-mula sebelum tengok iklan ni, terdetik dalam hati, sedih sangat ke? tapi bila tengok, menitik juga airmata 'macho' ni. tak sangka keberkesanan iklan ni memang dirasai. cari punya cari, banyak rupanya iklan-iklan yang begitu 'power' yang mampu mengusik jiwa.

Ahad, 4 Julai 2010

you make me cry argentina..


macam tak percaya je rasa lepas tengok perlawanan argentina lawan jerman kat tv semalam, 0-4. gol pertama jerman minit ke 3. rasa macam mimpi je bila tengok gol tu masuk. cara jerman main bola memang kelas pertama dan argentina jadi macam budak baru belajar walaupun memegang status sebagai pasukan pilihan. kalau ikut penguasaan bola memang la argentina yang punya tapi kalau nak masuk kawasan jerman pun susah, tak guna semua tu. pemain paling hancur, boleh bagi pada otamendi(15-argentina). bukan kata tak pandai tapi kalau main bola ikut emosi, memang ini la akibatnya.
       tapi yang paling malangdalam perlawanan ini, messi(10-argentina). memang dia dikawal ketat dan cara kawalan keatas messi menjadikan dia tidak berfungsi seperti biasa. memang betul perumpamaan yang terdengar dikebanyakan mamat mamat kaki bola berkata ' you control messi, you control argentina'. tapi pemain yang memang nampak menyerlah dalam pasukan argentina ialah di maria(7-argentina). ada la dua tiga peluang yang bermula dari pemain ini.
      pasukan jerman memang 'tip top'. mereka bermain betul-betul secara berpasukan, tiada skil atau corak permainan individu yang ditunjukkan. jadi ini adalah contoh pasukan yang menyerlah dan bukannya individu.