Ahad, 4 Julai 2010

you make me cry argentina..


macam tak percaya je rasa lepas tengok perlawanan argentina lawan jerman kat tv semalam, 0-4. gol pertama jerman minit ke 3. rasa macam mimpi je bila tengok gol tu masuk. cara jerman main bola memang kelas pertama dan argentina jadi macam budak baru belajar walaupun memegang status sebagai pasukan pilihan. kalau ikut penguasaan bola memang la argentina yang punya tapi kalau nak masuk kawasan jerman pun susah, tak guna semua tu. pemain paling hancur, boleh bagi pada otamendi(15-argentina). bukan kata tak pandai tapi kalau main bola ikut emosi, memang ini la akibatnya.
       tapi yang paling malangdalam perlawanan ini, messi(10-argentina). memang dia dikawal ketat dan cara kawalan keatas messi menjadikan dia tidak berfungsi seperti biasa. memang betul perumpamaan yang terdengar dikebanyakan mamat mamat kaki bola berkata ' you control messi, you control argentina'. tapi pemain yang memang nampak menyerlah dalam pasukan argentina ialah di maria(7-argentina). ada la dua tiga peluang yang bermula dari pemain ini.
      pasukan jerman memang 'tip top'. mereka bermain betul-betul secara berpasukan, tiada skil atau corak permainan individu yang ditunjukkan. jadi ini adalah contoh pasukan yang menyerlah dan bukannya individu.

2 ulasan:

mamiraysha berkata...

Argentina kalah sebab Allah tak nak maradona berbogel...hehehe.. dah..sokong la team lain.. i sokong sotong psikik..hahaha..

Tanpa Nama berkata...

ha ha ha...
sotong tu bakal kena panggang klu betul tekaannya..