Memaparkan catatan dengan label Kerja... Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kerja... Papar semua catatan

Khamis, 28 Oktober 2010

hari keempat..redang

lewat petang lebih kurang 5.30 petang, aktiviti meredah hutan dari hotel ke pasir panjang(long beach).

permulaan perjalanan


akhirnya sampai ke tempat tujuan

perjalanan pulang

Selasa, 26 Oktober 2010

hari kedua.. redang




BERJAYA Hotel


 pantai di BERJAYA Hotel







Ahad, 24 Oktober 2010

hari pertama.. redang

macam-macam rasa ada. ini la kali pertama menaiki kapal terbang dalam hidup setelah lebih 3 dekad keluar dari perut ibu. pertama kali pegang tiket macam tak percaya, tapi bos sudah bagi kepercayaan, jadi kena berusaha untuk terus mendapat kepercayaan. buat yang terbaik..


dalam hati ini, berharap sangat kalau dapat duduk tepi tingkap. boleh meninjau-nijau keluar tanpa kelihatan macam orang jakun. memang nasib baik, tepi tingkap dan duduk sorang lagi.


masa naik ok, tapi masa kapal terbang ni nak turung di redang, sakit telinga macam nak berair mata. kebetulan ada bayi 2 bulan dalam kapal terbang menangis tak berhenti. dalam hati ni barkata "aku tau ape ko rasa".
      bila dah  sampai rasa selamat sangat. syukur...



#segan nak letak gambar sendiri. terima kasih model...

Khamis, 7 Oktober 2010

Ketirisan... macam macam boleh

pertama kali dengar perkataan ni terdetik dalam hati 'apa kena mengena dengan duit?'. dan setelah terlibat secara menyeluruh dalam satu projek ni, segalanya timbul sampai tak tertutup lubang dengan tangan-tangan ini. bagai nampak gajah datang nak merempuh tapi tak ada daya nak mengelak. pelik? tapi itu yang dipelajari dari apa yang dilalui. tak ada niat dalam hati nak kutuk atau hina sesiapa tapi secara keseluruhannya, semua seperti tiada daya nak mengelak gajah yang datang menyerbu. hadap sahaja dan semoga gajah-gajah itu hanya berlalu tanpa dirempuh.
      semoga rezeki ini diberkati... amin

Selasa, 22 Jun 2010

aku, kerja dan KLCC

rasa macam dah bertahun tak menulis. bukan pasal malas, tapi tiada benda menarik yang nak dikongsikan. ni pun tak berapa menarik nak diceritakan tapi pasal dah lama tak menaip, rasa teringin la. ini bukan cerita pasal KLCC tapi pasal pameran yang dihadiri baru-baru ni.dah lama rasanya tak pergi ke sini. kali terakhir pergi tahun lepas, tu pun sebab lawatan  yang dianjurkan oleh pejabat. merasa la juga masa tu naik 'skybridge'. lain pula kali ni pergi ke pameran ISF 2010.

Khamis, 27 Mei 2010

apa cerita johor bahru..

25 mei 2010

ini adalah tugasan pertama keluar dari negeri selangor. tugasan 2 hari ni ke bandar johor bahru untuk nilai harta orang kaya yang bungkus akibat banyak hutang. kalau disebut nama, rasanya ramai orang di lembah klang kenal rasanya. bertolak dari pejabat 2.30 petang bersama seorang pegawai yang ditugaskan untuk kes ini. sampai pukul 7.30 petang.



ini adalah pandangan dari dalam bilik hotel di tingkat 13 no.1344. memang susah kalau ambik tak pakai tripod. ni pun 5 kali 'shoot', tu pun tak berapa jelas.ditambah pula dengan cermin bilik ni tak boleh dibuka, jadi ada sikit 'bayangan gurauan'.

26 mei 2010

ini dia nama hotel amerika tempat menginap semalam. gambar ni kabur(blur) secara semulajadi pasal tak perasan lensa berwap akibat 'aircond'. bengang je rasa pasal pemandangan belakang tu hilang.

dari hotel ke kilang tu ambil masa dalam 20 minit. disinilah cerita yang hendak dikongsi bermula.
pertama, cerita pasal bos kilang. orang kaya ni, walaupun muflis tetap kaya raya dan masih hidup dalam kemewahan. bayangkan, walaupun kilang ni sudah tutup dan segala peralatannya sudah diambil alih, dia masih boleh buat duit. caranya, iklankan mesin untuk dijual. bawa pembeli tengok barang yang hendak dijual(kilang dan mesin masih dimiliki tetapi dia tidak ada kuasa untuk buat apa-apa pasal dah kena sita). pembeli setuju. 10% pendahuluan(bayaran dalam 'us dollar'.pembeli dari amerika tu)setelah perjanjian dibuat. cabut lari la lepas tu. kes tamat 'pengencingan berjaya'.

ini pula cerita kedua dari kilang ni. kisah diceritakan oleh 'pegawai sita' yang datang bersama pada hari tersebut. katanya, semasa mereka datang untuk menyita kilang ni, kebanyakan pekerja kilang yang terdiri dari makcik-makcik yang tak tahu apa-apa masih datang bekerja seperti biasa walaupun difahamkan mereka sudah 2 bulan tak dapat gaji. mereka tak tahu pun yang kilang tu sudah bungkus. sedih juga mendengarnya.


kalau dapat diperhatikan dalam gambar ini, ada kelibat manusia yang sedang melompat dari mesin ke mesin. dia ni dahulu salah seorang bekas pekerja bahagian mesin dikilang ni. dengan imej berseluar apek dan menaiki motor kapcai, dia adalah seorang usahawan yang sangat berjaya. penternak ayam dan itik kampung. difahamkan dia ni mempunyai sebuah 'perdana'.sesuatu yang bagus ada pada usahawan ni yang boleh dicontohi adalah sifat rendah diri yang ada padanya.

Khamis, 20 Mei 2010

Sepang International Circuit

the entrance..


the counter..


the circuit..




the race..


the pit stop..


the finish line..


the team..