25 mei 2010
ini adalah tugasan pertama keluar dari negeri selangor. tugasan 2 hari ni ke bandar johor bahru untuk nilai harta orang kaya yang bungkus akibat banyak hutang. kalau disebut nama, rasanya ramai orang di lembah klang kenal rasanya. bertolak dari pejabat 2.30 petang bersama seorang pegawai yang ditugaskan untuk kes ini. sampai pukul 7.30 petang.
ini adalah pandangan dari dalam bilik hotel di tingkat 13 no.1344. memang susah kalau ambik tak pakai tripod. ni pun 5 kali 'shoot', tu pun tak berapa jelas.ditambah pula dengan cermin bilik ni tak boleh dibuka, jadi ada sikit 'bayangan gurauan'.
26 mei 2010
ini dia nama hotel amerika tempat menginap semalam. gambar ni kabur(blur) secara semulajadi pasal tak perasan lensa berwap akibat 'aircond'. bengang je rasa pasal pemandangan belakang tu hilang.
dari hotel ke kilang tu ambil masa dalam 20 minit. disinilah cerita yang hendak dikongsi bermula.
pertama, cerita pasal bos kilang. orang kaya ni, walaupun muflis tetap kaya raya dan masih hidup dalam kemewahan. bayangkan, walaupun kilang ni sudah tutup dan segala peralatannya sudah diambil alih, dia masih boleh buat duit. caranya, iklankan mesin untuk dijual. bawa pembeli tengok barang yang hendak dijual(kilang dan mesin masih dimiliki tetapi dia tidak ada kuasa untuk buat apa-apa pasal dah kena sita). pembeli setuju. 10% pendahuluan(bayaran dalam 'us dollar'.pembeli dari amerika tu)setelah perjanjian dibuat. cabut lari la lepas tu. kes tamat 'pengencingan berjaya'.
ini pula cerita kedua dari kilang ni. kisah diceritakan oleh 'pegawai sita' yang datang bersama pada hari tersebut. katanya, semasa mereka datang untuk menyita kilang ni, kebanyakan pekerja kilang yang terdiri dari makcik-makcik yang tak tahu apa-apa masih datang bekerja seperti biasa walaupun difahamkan mereka sudah 2 bulan tak dapat gaji. mereka tak tahu pun yang kilang tu sudah bungkus. sedih juga mendengarnya.
kalau dapat diperhatikan dalam gambar ini, ada kelibat manusia yang sedang melompat dari mesin ke mesin. dia ni dahulu salah seorang bekas pekerja bahagian mesin dikilang ni. dengan imej berseluar apek dan menaiki motor kapcai, dia adalah seorang usahawan yang sangat berjaya. penternak ayam dan itik kampung. difahamkan dia ni mempunyai sebuah 'perdana'.sesuatu yang bagus ada pada usahawan ni yang boleh dicontohi adalah sifat rendah diri yang ada padanya.
6 ulasan:
En. Jihan, kenapa org tu lompat dari mesin ke mesin..cerita tak lengkap la..mcm tergantung je..hehe..
tunjuk skil la... otai mesin
terhibur tul baca blog ni..
saya ada cerita yg nak dikongsi bersama berkenaan dengan orang yang kaya harta..saya buat part time design rumah..dan rumah yang berharga hampir 2 juta tersebut telah siap dan diduduki tapi sampai sekarang bayaran 8 ribu yang meliputi design + sign architect + plan engineer + PBT submission fees masih belum dibayar (kebiasaannya architect charge 5% drpd harga rumah)so bayaran yang saya kenakan tu teramat murah..maklumlah kawan baik suami sendiri..bile minta bayaran..i want u 2 detail out d fees..if not i'm not going to pay..wow..dah le masa design n bina tu banyak cekadak..dia selalu ingatkan saya..how much dia spent on that f------ house..tapi yang sedihnya sebab dia org melayu..tapi tak semua begitu..inilah kali pertama berlaku sepanjang 10 tahun saya berkecimpung dalam bidang ini..so pengajarannye jgn sekadar kaye harta tapi yang penting kaya hati dan budi...
itu kalau terjadi pada diri sendiri memang rasa nak bunuh je orang macam tu.tapi pengalaman mengajar kita untuk lebih berhati-hati. saya pun pernah kena tipu dengan kawan baik sendiri. ribu-ribu juga habis.
Sabar dan redhalah.. mungkin Allah nak bagi rezeki kat tempat lain.. Bila Allah tutup 1 pintu untuk kita..Dia akan buka pintu-pintu yang lain untuk kita juga.. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hambanya..
Catat Ulasan