akhirnya, dapat juga membeli kereta kedua yang dah lama dirancang. dan apa yang lagi mengembirakannya, kereta yang menjadi idaman semasa kereta ni baru keluar sedikit masa dulu, kenari 'aero sport'. ni bukan cerita kereta baru tapi kereta terpakai(ni je yang mampu selepas dikira serba serbi).
bermula 1 april 2011 hari tu, kereta ni mempunyai tuan baru. setakat ni paling laju pernah pecut 120km/j, stabil dan ok(takut nak lebih-lebih). minyak isi penuh rm50. dalaman kereta ni semua macam asal termasuk pemain cd dan sistem bunyi yang lain.
setakat ni dan secara keseluruhannya puas hati walaupun agak mahal sedikit dari harga biasa. satu yang boleh dipuji kereta kanari ni, walaupun kecil tapi selesa untuk 5 sekeluarga.
2 ulasan:
wah ada der 2nd car..
caiyok r bro..
bole la buat rempit malam2...
Catat Ulasan