ini adalah secebis kisah yang aku ingin berkongsi kepada semua. semua yang ingin aku sampaikan berlaku semalam, ketika aku melakukan kerja diluar pejabat di sekitar kuala lumpur. ini adalah pengalaman pertama bekerja tanpa kehadiran pegawai kerana mereka ada tugas lain. dan ini juga pertama kali aku membuat lawat periksa harta menaiki motosikal bersama rakan sekerja. mudah dan cepat bergerak dari satu lokasi ke lokasi yang lain memandangkan kuala lumpur memang terkenal dengan kesesakan jalanrayanya.
lokasi pertama, wisma perkim dan yang kedua wisma hamzah kwong hing sebelum rehat untuk makan tengahari. tugas kali ini memang meletihkan kerana harta yang nak di periksa terletak di puncak bangunan semuanya. cerita yang nak aku sampaikan bermula semasa kami rehat untuk makan tengahari disalah sebuah kedai makan berdekatan dengan stesen putra masjid jamek.
semasa makan, mata aku tertumpu pada o.k.u. berkerusi roda. pada mulanya aku menyangka yang dia memerlukan bantuan untuk menaiki tren kerana dia berhenti ditangga untuk naik ke stesen putra. setelah diperhatikan agak lama dia berlegar-legar, dia berhenti disatu sudut dan terdiam disitu. dan terlintas pula di otak aku yang dia ni jual tisu rasanya.
jangkaan aku silap sekali lagi kerana tiada tisu yang dipegang. yang dapat aku perhatikan dari jauh hanyalah pen dan kertas dan sesekali ada insan yang prihatin berhenti dan menegurnya dan menghulurkan derma. dan apa yang aku perhatikan hanya golongan yang kita panggil apek dan maniam sahaja yang menghulurkan bantuan. mana perginya ahmad dan aminah yang tinggi dengan budi pekertinya?. apa yang menarik perhatian aku, dia tidak menadah tangan atau bekas tetapi hanya melemparkan senyuman tanpa desakan untuk meminta-minta. lensa kamera aku terus fokus kepada apa yang tertulis di kerusi rodanya...
tapi apa yang lebih menarik perhatian aku ialah, dia telah menghulurkan duit kepada seorang yang sedang mengutip makanan dari tong sampah yang berada disitu. memang rasa terpukul melihat seorang o.k.u. yang jelas memerlukan bantuan kita yang sihat membantu insan lain yang dirasakan lebih memerlukan bantuan. selesai makan tengahari, kami terus menuju ke arah wanita ini kerana ingin mengetahui tentang kembara yang ditulis.
insan yang aku maksudkan adalah Fatimah Palaney bt Abdullah. seorang yang sangat ramah. berbual dengan beliau seperti macam dah lama kenal. banyak benda yang diceritakannya tetapi sikit je yang aku ingat. beliau masuk Islam semasa umurnya belasan tahun dan mendapat bantuan dari pusat zakat untuk belajar agama di kelantan. beliau belajar setahun di kelantan. belia sempat menunjukkan keratan akhbar tentang kutipan derma yang berjaya dikumpulkan sebanyak RM 10,000.00 dan telah diserahkan bagi menanggung seorang kanak-kanak yang menghidapi leukemia. beliau mengatakan ada beberapa pihak yang hendak membantu menjayakan kembaranya tetapi apabila kutipan derma yang akan diterima tidak akan seratus peratus kepada pihak yang sepatutnya, beliau telah menolak dan lebih baik melakukan sendirian dimana wang sumbangan yang bakal diterima dapat disumbangkan terus kepada yang memerlukan tanpa masuk kemana-mana akaun yang tidak sepatutnya.
kepada sesiapa yang sudi membantu, boleh menyumbang terus ke akaun:
MAYBANK : 164258497905 atas nama Fatimah Palaney bt Abdullah
kepada yang ingin membantu, bantulah dengan ikhlas tanpa prasangka buruk dan janganlah memikirkan perkara-perkara yang negatif tentang seseorang yang kita tidak kenal dan yang hanya kita kenal melalui cerita orang. aku rasa terpanggil untuk membantu dengan cara aku ber 'blog'. kalau kita menderma sedikit untuk insan ini, tak akan jatuh miskinnya akan kita yang serba ada ini. fikirlah akan kesihatan, kesenangan hidup dan kesempurnaan yang telah tuhan kurniakan kepada kita dan anak-anak kita selama ini. aku berharap semua dapat berkongsi untuk menyebarkan kebaikan. kepada sesiapa yang berkehendakan nombor telefon fatimah, boleh utarakan komentar anda.