baru saja 2011 berlalu dan sekarang sudah masuk tahun yang berikutnya. banyak benda yang telah tercapai dalam tahun sebelum ini tetapi banyak juga perkara yang tidak sempat hendak dikerjakan dan disiapkan. jadi seperti biasa, kita ini sebagai manusia akan berazam untuk cuba mencapai apa yang tidak pada tahun seterusnya.
seperti biasa, ramai yang akan menanam hajat dan cita-cita yang baru untuk dicapai pada tahun yang baru ini. ada insan yang memang tiap-tiap tahun memasang azam tetapi hanya setakat pasang sajalah, pasal memenuhkan hajat tu , belakang kira. ada yang memang menjadikan ini sebagai hobi tahun baru bagi menghebahkan dalam 'muka buku' atau mana-mana media sosial atau peribadi. kumpulan ini pun seperti yang pertama, buat belakang kira. apa yang diceritakan ini berlaku pada kebanyakan insan tetapi tidak semua. kumpulan yang bijak adalah yang memasang apa yang hendak dicapai didalam hati, tanamkannya sehingga berbuah dan kongsikan hasilnya bersama rakan-rakan(jika ada sifat dermawanlah).
disini, apa yang cuba dikongsikan adalah apa yang telah dicapai dan apatidak dicapai sepanjang tahun 2011. perkara pertama sudah semestinya apa yang menjadi minat sejati dalam diri, bola tampar. tercapai juga hajat untuk membawa pasukan bola tampar jabatan ke sukan MAKSWIP di perlis selepas tahun sebelumnya tidak dapat dilakukan. terima kasih kepada semua sahabat yang bersama berusaha.
yang kedua, akhirnya berjaya memiliki kereta idaman sejak dari zaman 'u'. walaupun kenderaan terpakai dan berhutang dengan bank. tak tahu kenapa minat sangat dengan kereta ni. tapi apa yang membuat tercetusnya rasa ingin memilikinya sejak menumpang seorang sahabat masa zaman belajar manaiki kereta ni. agaknyalah.
ada lagi dua tiga perkara yang telah dicapai tetapi tidak begitu seronok untuk dikongsi.selain dari cita-cita yang tercapai, ada perkara besar yang terjadi dalam kalendar 2011. dan perkara yang terhebat dalam tahun tersebut adalah kelahiran cahaya mata yang ketiga, uzair razin. hari ini genap tujuh bulan si kecil ni.
6 hari |
6 bulan |
rasanya tiada apa lagi yang besar berlaku selain dari ini sepanjang yang aku ingat. diharapkan pada tahun yang baru ini dapat meraih segala yang dihajati. sekian.