Selasa, 19 Oktober 2010

filem pertama yang diarahkan...

ini adalah filem pertama yang diarahkan mr G dengan kerjasama blog ini. dengan gandingan mantap dua nama ini maka terhasil sebuah filem yang banyak unsur-unsur pengajaran  yang boleh diketengahkan. para pelakon yang menjayakan filem ini juga terdiri daripada yang dikenali ramai tak kira di bandar atau di kampung-kampung. siapa tak kenal en. mug. bukan kata di malaysia malah seluruh dunia mengenalinya, cuma namanya berbeza-beza di sesetengah tempat.
      diharap semua dapat bersabar, dengan kemunculan pengarah ini dengan filem-filemnya yang bakal ditayangkan kelak. majulah filem tempatan...

Khamis, 7 Oktober 2010

Ketirisan... macam macam boleh

pertama kali dengar perkataan ni terdetik dalam hati 'apa kena mengena dengan duit?'. dan setelah terlibat secara menyeluruh dalam satu projek ni, segalanya timbul sampai tak tertutup lubang dengan tangan-tangan ini. bagai nampak gajah datang nak merempuh tapi tak ada daya nak mengelak. pelik? tapi itu yang dipelajari dari apa yang dilalui. tak ada niat dalam hati nak kutuk atau hina sesiapa tapi secara keseluruhannya, semua seperti tiada daya nak mengelak gajah yang datang menyerbu. hadap sahaja dan semoga gajah-gajah itu hanya berlalu tanpa dirempuh.
      semoga rezeki ini diberkati... amin