Selasa, 11 Oktober 2011

selamat hari lahir rania..

hari ini rania dua tahun

hari ini rania dua tahun
dua tahun yang tidak terasa

hari ini rania dua tahun
dua tahun yang pantas
dua tahun yang sekilas

hari ini rania dua tahun
dua tahun yang begitu sekejap
dua tahun yang cepat tidak tercungap
dua tahun andai bagai sekelip terlelap

hari ini rania dua tahun
dua tahun penuh senyum tawa
dua tahun bercampur jerit hiba
dua tahun bersulam rajuk duka
dua tahun yang masih tidak tahu apa-apa





rania sudah dua tahun
sudah dua tahun bermanja
sudah dua tahun menjadi permata kedua
sudah dua tahun gembira sekeluarga
sudah dua tahun berduka bersama
sudah dua tahun bergelak ketawa
sudah dua tahun kita bersama

hari itu rania lahir
tidak sempat untuk dadi sambut
kerana dadi tidak tahu waktu itu
kerana bila dadi tahu, rania sudah dipelukan mami
iqamah di kiri tanda syukur untuk puteri dadi

hari itu rania menangis
buat mami dan dadi risau
kerana rania permata kami
segalanya menjadi tanggungjawab mami dan dadi
mami tidak tidur menyusukan rania
dadi mengaji untuk tenangkan rania
rayyan seakan faham kehadiran rania
rania jangan menangis lagi

hari itu rania ketawa
membuat dadi gembira
membuat mami ceria
mambuat rayyan bertambah ria
senyum tawa rania memang hebat
membuat mami hilang penat
gelak riang rania memang meriah
membuat dadi hilang marah
gerak tari rania cukup lincah
membuat rayyan tak cukup langkah

hari itu rania merajuk
dadi faham yang rania sudah pandai
pandai beremosi terhadap sesuatu
sudah pandai memilih apa yang mahu
dan sudah tahu apa yang tak perlu
walau kadang-kadang dadi buntu
apa yang rania mahu dan apa yang perlu
atau mungkin rania sudah terasa untuk menjadi kakak

hari itu sudah berlalu
rania bukan lagi yang bongsu
rania bukan lagi adik yang suka menangis
rania sudah menjadi kakak
rania memang layak menjadi kakak
mami tahu dan dadi pun tahu
rania sayang razin
rania yang pertama disisi razin bila menangis
langkah pantas rania buat mami risau
walau tahu itu naluri sejati sebagai kakak
yang sayang adiknya
dan hari ini rania dua tahun
selamat hari jadi kakak kecil dadi..







2 ulasan:

mamiraysha berkata...

Coretan daddy buat mummy nangis..

aku berkata...

entah apa2