Isnin, 24 Disember 2012

dari e-mail ke blog..

Lebih dari 100 "Shorcuts" dari Keybord komputer anda

Keyboard Shorcuts (Microsoft Windows)
1. CTRL+C (Copy)
2. CTRL+X (Cut)
...... 3. CTRL+V (Paste)
4. CTRL+Z (Undo)
5. DELETE (Delete)
6. SHIFT+DELETE (Delete the selected item permanently without placing the item in the Recycle Bin)
7. CTRL while dragging an item (Copy the selected item)
8. CTRL+SHIFT while dragging an item (Create a shortcut to the selected item)
9. F2 key (Rename the selected item)
10. CTRL+RIGHT ARROW (Move the insertion point to the beginning of the next word)
11. CTRL+LEFT ARROW (Move the insertion point to the beginning of the previous word)
12. CTRL+DOWN ARROW (Move the insertion point to the beginning of the next paragraph)
13. CTRL+UP ARROW (Move the insertion point to the beginning of the previous paragraph)
14. CTRL+SHIFT with any of the arrow keys (Highlight a block of text)
SHIFT with any of the arrow keys (Select more than one item in a window or on the desktop, or select text in a document)
15. CTRL+A (Select all)
16. F3 key (Search for a file or a folder)
17. ALT+ENTER (View the properties for the selected item)
18. ALT+F4 (Close the active item, or quit the active program)
19. ALT+ENTER (Display the properties of the selected object)
20. ALT+SPACEBAR (Open the shortcut menu for the active window)
21. CTRL+F4 (Close the active document in programs that enable you to have multiple documents opensimultaneou sly)
22. ALT+TAB (Switch between the open items)
23. ALT+ESC (Cycle through items in the order that they had been opened)
24. F6 key (Cycle through the screen elements in a window or on the desktop)
25. F4 key (Display the Address bar list in My Computer or Windows Explorer)
26. SHIFT+F10 (Display the shortcut menu for the selected item)
27. ALT+SPACEBAR (Display the System menu for the active window)
28. CTRL+ESC (Display the Start menu)
29. ALT+Underlined letter in a menu name (Display the corresponding menu) Underlined letter in a command name on an open menu (Perform the corresponding command)
30. F10 key (Activate the menu bar in the active program)
31. RIGHT ARROW (Open the next menu to the right, or open a submenu)
32. LEFT ARROW (Open the next menu to the left, or close a submenu)
33. F5 key (Update the active window)
34. BACKSPACE (View the folder onelevel up in My Computer or Windows Explorer)
35. ESC (Cancel the current task)
36. SHIFT when you insert a CD-ROMinto the CD-ROM drive (Prevent the CD-ROM from automatically playing)
Dialog Box - Keyboard Shortcuts
1. CTRL+TAB (Move forward through the tabs)
2. CTRL+SHIFT+TAB (Move backward through the tabs)
3. TAB (Move forward through the options)
4. SHIFT+TAB (Move backward through the options)
5. ALT+Underlined letter (Perform the corresponding command or select the corresponding option)
6. ENTER (Perform the command for the active option or button)
7. SPACEBAR (Select or clear the check box if the active option is a check box)
8. Arrow keys (Select a button if the active option is a group of option buttons)
9. F1 key (Display Help)
10. F4 key (Display the items in the active list)
11. BACKSPACE (Open a folder one level up if a folder is selected in the Save As or Open dialog box)

Microsoft Natural Keyboard Shortcuts
1. Windows Logo (Display or hide the Start menu)
2. Windows Logo+BREAK (Display the System Properties dialog box)
3. Windows Logo+D (Display the desktop)
4. Windows Logo+M (Minimize all of the windows)
5. Windows Logo+SHIFT+M (Restorethe minimized windows)
6. Windows Logo+E (Open My Computer)
7. Windows Logo+F (Search for a file or a folder)
8. CTRL+Windows Logo+F (Search for computers)
9. Windows Logo+F1 (Display Windows Help)
10. Windows Logo+ L (Lock the keyboard)
11. Windows Logo+R (Open the Run dialog box)
12. Windows Logo+U (Open Utility Manager)
13. Accessibility Keyboard Shortcuts
14. Right SHIFT for eight seconds (Switch FilterKeys either on or off)
15. Left ALT+left SHIFT+PRINT SCREEN (Switch High Contrast either on or off)
16. Left ALT+left SHIFT+NUM LOCK (Switch the MouseKeys either on or off)
17. SHIFT five times (Switch the StickyKeys either on or off)
18. NUM LOCK for five seconds (Switch the ToggleKeys either on or off)
19. Windows Logo +U (Open Utility Manager)
20. Windows Explorer Keyboard Shortcuts
21. END (Display the bottom of the active window)
22. HOME (Display the top of the active window)
23. NUM LOCK+Asterisk sign (*) (Display all of the subfolders that are under the selected folder)
24. NUM LOCK+Plus sign (+) (Display the contents of the selected folder)
25. NUM LOCK+Minus sign (-) (Collapse the selected folder)
26. LEFT ARROW (Collapse the current selection if it is expanded, or select the parent folder)
27. RIGHT ARROW (Display the current selection if it is collapsed, or select the first subfolder)
Shortcut Keys for Character Map
After you double-click a character on the grid of characters, you can move through the grid by using the keyboard shortcuts:
1. RIGHT ARROW (Move to the rightor to the beginning of the next line)
2. LEFT ARROW (Move to the left orto the end of the previous line)
3. UP ARROW (Move up one row)
4. DOWN ARROW (Move down one row)
5. PAGE UP (Move up one screen at a time)
6. PAGE DOWN (Move down one screen at a time)
7. HOME (Move to the beginning of the line)
8. END (Move to the end of the line)
9. CTRL+HOME (Move to the first character)
10. CTRL+END (Move to the last character)
11. SPACEBAR (Switch between Enlarged and Normal mode when a character is selected)
Microsoft Management Console (MMC)
Main Window Keyboard Shortcuts
1. CTRL+O (Open a saved console)
2. CTRL+N (Open a new console)
3. CTRL+S (Save the open console)
4. CTRL+M (Add or remove a console item)
5. CTRL+W (Open a new window)
6. F5 key (Update the content of all console windows)
7. ALT+SPACEBAR (Display the MMC window menu)
8. ALT+F4 (Close the console)
9. ALT+A (Display the Action menu)
10. ALT+V (Display the View menu)
11. ALT+F (Display the File menu)
12. ALT+O (Display the Favorites menu)

MMC Console Window Keyboard Shortcuts
1. CTRL+P (Print the current page or active pane)
2. ALT+Minus sign (-) (Display the window menu for the active console window)
3. SHIFT+F10 (Display the Action shortcut menu for the selected item)
4. F1 key (Open the Help topic, if any, for the selected item)
5. F5 key (Update the content of all console windows)
6. CTRL+F10 (Maximize the active console window)
7. CTRL+F5 (Restore the active console window)
8. ALT+ENTER (Display the Properties dialog box, if any, for theselected item)
9. F2 key (Rename the selected item)
10. CTRL+F4 (Close the active console window. When a console has only one console window, this shortcut closes the console)
Remote Desktop Connection Navigation
1. CTRL+ALT+END (Open the Microsoft Windows NT Security dialog box)
2. ALT+PAGE UP (Switch between programs from left to right)
3. ALT+PAGE DOWN (Switch between programs from right to left)
4. ALT+INSERT (Cycle through the programs in most recently used order)
5. ALT+HOME (Display the Start menu)
6. CTRL+ALT+BREAK (Switch the client computer between a window and a full screen)
7. ALT+DELETE (Display the Windows menu)
8. CTRL+ALT+Minus sign (-) (Place a snapshot of the active window in the client on the Terminal server clipboard and provide the same functionality as pressing PRINT SCREEN on a local computer.)
9. CTRL+ALT+Plus sign (+) (Place asnapshot of the entire client window area on the Terminal server clipboardand provide the same functionality aspressing ALT+PRINT SCREEN on a local computer.)

Microsoft Internet Explorer Keyboard Shortcuts
1. CTRL+B (Open the Organize Favorites dialog box)
2. CTRL+E (Open the Search bar)
3. CTRL+F (Start the Find utility)
4. CTRL+H (Open the History bar)
5. CTRL+I (Open the Favorites bar)
6. CTRL+L (Open the Open dialog box)
7. CTRL+N (Start another instance of the browser with the same Web address)
8. CTRL+O (Open the Open dialog box,the same as CTRL+L)
9. CTRL+P (Open the Print dialog box)
10. CTRL+R (Update the current Web )

KONGSI BERSAMA RAKAN-RAKAN ANDA... :)

Khamis, 20 Disember 2012

apa akan jadi jika yahudi boikot kita..

diharapkan jangan salah sangka dan terkejut dengan tajuk yang dinyatakan di atas. ini adalah sekadar apa yang tiba-tiba terfikir kerana selama ini kita terlalu asyik  dan leka dengan dunia. apa yang menguatkan semangat untuk berkongsi pendapat dan terlintas difikiran ini kerana terasa terpanggil selepas mengikuti satu video dari 'facebook'(yahudi yang punya) berkenaan kenyataan dr.hafidzi mohd nor berkenaan boikot barangan yahudi. hujah dan pendekatan yang beliau huraikan berkenaan apa yang perlu lakukan ambil sangat menarik. diharap dapatlah mengikuti apa yang dibicarakan di youtube(yahudi yang punya).

sebelum kembali kepada tajuk asal, satu soalan yang ingin difikirkan bersama, bolehkah kita memulaukan atau boikot produk yang telah kita guna(makan/pakai/guna)sejak lahir sehingga sekarang? sangat susah dan jawapan yang lebih kepada tidak. mungkin ramai yang berkata dan berpendapat yang ini adalah satu lagi 'blogger' atau penulis yang nak bercerita pasal yahudi. benar tapi pendekatan yang diambil kali ini berbeza dan diharapakan sekalian dapat faham. jadi, mari kita kembali ke tajuk asal, 'apa akan jadi jika yahudi boikot kita'.







kita semua tahu jenama barangan keperluan paling luas di malaysia adalah nestle. walaupun berpengkalan di Vevey, Switzerland, nestle adalah antara penyumbang kepada ekonomi israel. minuman berkabonat utama di malaysia, coca cola. restoran makan segera paling digemari di malaysia, McDonald's(percayalah). tiga contoh ini sangat melekat dihati orang malaysia dan umat islam khasnya. berikut adalah contoh yang dialami sendiri:

"aku ni kalau tak kena coke sehari memang tak boleh"

"aku ni tak pernah miss makan prosperity burger"

"milo ais terbaik. air coklat lain tak sedap macam milo"

pernahkah kita terfikir jika yahudi israel tiba-tiba membuat polisi yang mengatakan barangan yang dipunyai, dikuasai, didana dan yang menyokong israel tidak dibenarkan dari menjual atau berniaga di malaysia kerana menentang polisi mereka. apa akan jadi? ketidakpuashatian dihati ramai orang akan menyebabkan banyak perkara buruk akan terjadi seperti perkara yang paling mudah pastinya rusuhan akan berlaku. tidak percaya?(soalan iniakan terjawab sendiri nanti).







apabila kita mendengar tentang kempen boikot barangan yahudi, terus terlintas dihati kita 

"kalau aku sorang yang buat, bukan jadi apa pun. buat macam biasa sajalah".

selepas itu kita berfikir lagi dengan lebih dalam sambil menggunakan ilmu matematik yang kita pelajari,

"kalau 100 orang member-member aku boikot pun, tetap tak jadi ape pun. tapi kalau satu negeri aku ni boikot pun rasanya tak berkesan jugak rasanye. jangan kata negeri, aku rasa satu malaysia boikot pun, tak jejas ape kot".

beginilah realitinya cara pemikiran kita sekarang.percaya atau tidak, itulah yang perlu kita terima. berbalik kepada soalan pokok, yang mana jika yahudi israel menyekat barangannya serta produk hak milik mereka dari memasuki negara ini, bolehkah kita hidup dengan selesa?(jangan salah tanggapan pemikiran ini). dan seperti yang kita sendiri fikirkan jika kita memulaukan barangan mereka adakah mereka akan terjejas? begitu juga kita harus berfikir jika mereka memulaukan negara kita, mereka juga tidak akan rugi(kecik je malaysia ni). sebelum ada yang salah tanggapan dengan kenyataan ini ingin ditegaskan bahawa untuk kita berfikir secara waras jika ini berlaku. soalan yang ingin ditanya sekiranya berlaku:

"bolehkah kita minum OLIGO COCO CHOCOLATE MALT DRINK bagi menggantikan milo yang satu malaysia kenal dan diiktiraf disetiap menu kedai makan di malaysia?"

"bolehkah kita berhenti mengikut kehendak anak-anak yang sentiasa ingin makan di mcdonald's?"

"bolehkah pegawai besar kerajaan dan orang yang berasa kaya memakai pakaian buatan malaysia bagi menggantikan segala jenama terkenal serata dunia?"

jika kita kita boleh menjawab 'boleh' bagi semua soalan diatas, syabas diucapkan dan malaysia pasti tidak akan terjejas jika yahudi israel memulaukan kita nanti. tetapi jika kita sendiri susah hendak menerima keadaan ini, 'sendiri mahu ingatlah'.

tujuan artikel ini ditulis bukanlah hendak mengatakan yang kita tidak boleh hidup tanpa bergantung kepada produk ini tetapi kita kena belajar untuk tidak terlalu bergantung kepadanya dan boleh hidup tanpa produk dari mereka. seperti mana orang yang hendak berhenti merokok, mereka bermula dengan beransur dan bukan secara terus.

*hanya menulis apa yang terfikir..

Selasa, 4 Disember 2012

dari e-mail ke blog - jangan eksklusifkan islam


Artikel ini dipetik dari malaysia kini
Jangan eksklusifkan Islam

Amat memeritkan perasaan apabila melihat sesetengah pihak menyebut: "Nak faham Islam ini susah, kami tidak cukup masa, ada macam-macam kena buat masa muda ini. Tunggulah kami dah tua".

Ungkapan ini lahir dari salah tanggapan mereka bahawa Islam adalah agama yang sukar difahami dan sukar untuk diamalkan. Ini berpunca dari cara pengajarannya yang susah dan isi yang dipayah-payahkan oleh sesetengah pihak.

Dengan kita akur untuk menjadi pakar ilmu-ilmu Islam memanglah tidak mudah, bahkan menjadi pakar apa-apa ilmu pun tidak mudah. Namun memahami dan mengamalkan Islam secara umumnya adalah mudah dan mampu dicapai oleh setiap lapisan manusia.

Jika tidak bagaimana mungkin Islam menjadi agama sejagat yang diutuskan untuk setiap insan tanpa mengira lantar kehidupan dan pendidikan.
Antara cuai dengan memayahkan
Memang, mudah-mudahkan agama dalam erti kata melaksanakannya dalam keadaan yang cuai dan tidak menepati kehendak nas-nas al-Quran dan hadis yang sahih adalah kesalahan dalam agama.

Namun begitu, menjadikan agama begitu payah dan sukar hingga melampaui batasan yang diperuntukkan oleh nas-nas agama juga satu kesalahan. Firman Allah (maksudnya):

Mereka yang mengikut Rasulullah (Muhammad SAW) nabi yang ummi, yang mereka dapati dia tertulis (namanya dan sifat-sifatnya) di dalam Taurat dan Injil yang ada di sisi mereka. Dia menyuruh mereka dengan perkara-perkara yang baik, dan melarang mereka daripada melakukan perkara-perkara yang keji; dan dia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik, dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk; dan dia juga menghapuskan dari mereka beban-beban dan belenggu-belenggu yang ada pada pada mereka. (Surah al-‘Araf: 157)

Firman Allah lagi (maksudnya): Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. (Surah al-Baqarah: 185).
Firman Allah juga (maksudnya): Allah (sentiasa) hendak meringankan (beban hukumnya) daripada kamu, kerana manusia itu dijadikan berkeadaan lemah. (Surah al-Nisa: 28).
Menyusahkan gambaran Islam
Saya tidak ingin membicarakan tentang golongan yang cuai terhadap agama. Ini telah banyak diperkatakan oleh ustaz-ustaz kita. Saya bicarakan tentang sikap sesetengah pihak yang cuba menonjolkan Islam seakan ia agama yang begitu sukar untuk dihayati, dan seakan tidak akan sampai ke dataran Islam ini melainkan beberapa kerat manusia sahaja.

Maka hukum-hakam yang mereka ajar kelihatan begitu susah untuk difahami, apatah lagi untuk dihayati. Lihat sahajalah, haji yang hanya beberapa hari untuk ditunaikan, tetapi kursus yang dibuat berbulan-bulan lamanya.

Ia diajar dengan cara yang sukar disebabkan berbagai faktor. Salah satunya; tokok tambah ajaran agama yang menyebabkan orang awam sentiasa keliru dan tidak mampu kerana terpaksa menghafal berbagai ayat dan peraturan yang sebahagian besarnya tidak pernah diajar pun oleh hadis-hadis Nabi SAW yang sahih.

Ini seperti menetapkan berbagai bacaan khas bagi setiap pusingan tawaf. Lalu mereka buat bisnes pula bagi yang tidak mampu menghafal dengan menjual buku atau alatan tertentu.
Demikian juga kecenderungan sebahagian pengajar hukum-hakam syarak untuk menjatuhkan hukuman haram dan batal amalan seperti terbatal akad nikah hanya kerana terputus nafas, atau terbatal solat kerana pergerakan lebih dari tiga kali, terbatal puasa kerana berenang dalam kolam dan seumpamanya.

Sedangkan nas-nas al-Quran dan al-Sunnah tidak pun menyatakan demikian. Di samping itu, kecenderungan memperincikan perkara yang tidak perlu sehingga ramai yang jadi keliru. Umpamanya memperincikan syarat niat yang bukan-bukan.

Sehingga ada buku yang menetapkan puluhan syarat niat. Bukannya menjadikan orang faham maksud niat, sebaliknya bertambah kabur. Pada hal setiap aktiviti insan secara sedar mempunyai niat.

Maka dengan itu kita katakan "membunuh dengan niat", sekalipun si pembunuh tidak melafazkannya secara lisan ketika hendak membunuh atau menghafal syarat niat. Malangnya, akibat salah ajaran, seseorang berulang kali bertakbir dalam solatnya.

Kononnya, belum masuk niat. Padahal, jika dia tidak berniat solat, bagaimana mungkin dia boleh berada di saf untuk solat?

Demikian juga memperincikan tentang jenis-jenis air dalam berwuduk berbulan perbahasannya sedangkan solat diperlukan lima kali sehari. Inilah yang menyebabkan ada yang baru masuk Islam tidak solat berbulan kerana bab wuduk belum habis dibincangkan.
Ekslusifkan agama
Pendekatan ini menyebabkan Islam menjadi eksklusif seakan hanya untuk sekelompok manusia sahaja. Sementara selain mereka hanyalah manusia yang terpaksa bertaklid buta disebabkan kononnya tidak mampu untuk memahami apa sahaja hal ehwal agama ini kerana akal mereka tidak kesampaian.

Sebenarnya, bukan tidak kesampaian, tetapi pendekatan pengajaran yang telah melanggar garis panduan Nabi SAW lantas menyanggahi logik insan. Hal ini berbeza dengan arahan baginda SAW.

Baginda bersabda: "Agama itu mudah. Tiada seorang yang memberat-beratkannya melainkan dia menjadi susah. Maka bersederhanalah, dekatilah yang tepat dan gembirakanlah mereka." (Riwayat al-Bukhari)
Pendekatan Nabi SAW adalah pendekatan mudah yang membolehkan sebanyak mungkin manusia merasai kebersamaan mereka dalam Islam ini.

Antaranya baginda mengkritik imam yang memanjangkan solatnya, tanpa meraikan keadaan makmun yang berbagai di belakangnya. Baginda bersabda:
"Wahai manusia! sesungguhnya di kalangan kamu ada yang menyebabkan orang lari. Sesiapa di kalangan kamu yang bersolat (menjadi imam) untuk orang ramai, maka ringkaskanlah, kerana di kalangan mereka ada yang tua, lemah dan yang mempunyai urusan. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Pendekatan yang menyukarkan ini berlarutan sehingga dalam masalah pengajian akidah. Sesetengah perbincangan akidah dipengaruhi oleh falsafah lama yang kadangkala tidak membawa sebarang kekuatan kepada akidah, bahkan kepada kepenatan akal dan kecelaruan sahaja.

Ini seperti Allah ada lawannya tiada, dengar lawannya pekak, melihat lawannya buta, tidak berjisim, tidak berjirim dan seumpamanya. Kemudian diikuti dengan falsafah-falsafahnya yang memeningkan.

Keletihanlah anak-anak muda untuk memahaminya. Bahkan kadang-kala guru yang mengajar pun tidak faham.

Untuk mengelakkan dia dipersoalkan dia akan berkata: "Barang siapa banyak bertanya maka lemahlah imannya."

Maka tidak hairanlah jika yang baru menganut Islam kehairanan bertanya: Mengapa Tuhan itu ada, selepas lawan maka Dia sudah tiada?

Maka akidah sebenar hilang dalam kepincangan perbahasan falsafah.
Akidah itu mudah difahami

Akidah Islam adalah akidah yang bersih dan mudah difahami. Bacalah al-Quran dan al-Sunah, lihatlah perbincangan akidah dalam kedua sumber agung itu, sangat jelas dan tidak berbelit-belit.

Dalam hanya beberapa ayat seperti isi al-Ikhlas, al-Quran menyerlah konsep akidahnya, tidak perlu memayah-mayah. Dalam ajaran Islam, persoalan tauhid dan akidah adalah perkara yang paling mudah dan senang untuk difahami oleh semua lapisan umat.

Ini kerana memahami akidah satu kemestian termasuk yang buta huruf, Badawi di padang pasir sehinggalah kepada golongan yang terpelajar dan cerdik pandai.

Maka tidak hairanlah pada zaman Nabi SAW, para perwakilan yang datang mengambil ajaran Islam dari baginda dalam beberapa ketika sahaja, namun mampu mengislamkan keseluruhan kabilahnya. Sebab, konsep yang jelas dan mudah.
Kalaulah perbahasan akidah begitu sukar dan susah seperti yang difahami oleh golongan ahli kalam dan falsafah, bagaimana mungkin golongan awam yang buta huruf atau tidak memiliki kecerdasan akal yang tinggi untuk memahaminya?

Kata Dr Yusuf al-Qaradawi: "Tambahan pula, perbahasan ilmu kalam, sekalipun mendalam dan kepenatan akal untuk memahami dan menguasainya, ia bukannya akidah....Lebih daripada itu perbahasan ilmu kalam telah terpengaruh dengan pemikiran Yunani dan cara Yunani dalam menyelesaikan masalah akidah. Justeru itu imam-imam salaf mengutuk ilmu kalam dan ahlinya serta berkeras terhadap mereka." (Al-Qaradawi, Thaqafah al-Da'iyah, ms. 92, Beirut: Muassasah al-Risalat)

Sebab itu, barangkali dakwah kepada akidah Islam di tempat kita tidak subur. Sebaliknya cerita keluar Islam yang disuburkan. Proses pemulihan akidah pun dalam banyak rekodnya adalah gagal.

Ini kerana kita banyak berfalsafah dari membahaskan akidah berdasarkan al-Quran dan al-Sunah. Maka bacalah buku-buku akidah yang jelas membimbing jiwa dan akal secara fitrah. Bukan falsafah yang menyusahkan.
Ruang untuk semua
Ramai orang muda atau profesional yang menghadiri kelas-kelas pengajian saya. Saya katakan kepada mereka hadirlah dengan kebiasaan anda dan fahamilah apa yang hendak disampaikan.

Anda tidak diwajibkan berkopiah, atau berjubah. Pakailah apa sahaja yang anda selesa. Bukan syarat masuk ke masjid mesti berketayap. Jangan kita letakkan syarat hendak memahami agama ini yang bukan-bukan.

Nanti ramai yang tidak sampai maklumat Islam kepadanya. Atau syarat-syarat itu akan menjadi peraturan yang dianggap agama, akhirkan diwajibkan secara tidak sedar. Lihat saja sebahagian wanita Muslimah kita, mereka sekalipun telah menutup aurat, namun jika tidak memakai telekung mereka rasa sukar untuk solat.

Bahkan ada yang rasa tidak boleh bersolat tanpa telekung. Padahal telekung itu, hanyalah budaya Asia Tenggara. Solatlah dengan pakaian anda selagi menutup aurat.
Kehidupan Islam praktikal
Demikian sebahagian buku atau filem menggambarkan seorang saleh dalam rupa yang sempit. Digambarkan insan yang beramal dengan Islam itu terpaksa mengasingkan hidupnya dan beruniform berbeza dengan orang lain.

Ini seperti apabila ditonjolkan watak orang saleh ialah lelaki yang berserban, tangan memegang tasbih sentiasa, tidak bergaul dengan manusia biasa, sebaliknya hanya berjalan sendirian. Itulah wali kononnya.

Adakah Nabi SAW dan para sahabahnya berwatak demikian sehingga kita jadikan itu ciri-ciri orang saleh? Tidakkah berjalan dengan sentiasa memegang tasbih lebih menampakkan ciri-ciri riyak dalam amalan?
Sebab itu al-Imam Ibn Jauzi (meninggal 597H) mengkritik sebahagian dari sikap ini dengan menyatakan:

"Di kalangan golongan zuhhad (golongan sufi) ada mereka yang memakai baju yang koyak tidak dijahit dan membiarkan serban dan janggutnya tidak berurus untuk menunjukkan dia tidak mementingkan dunia. Ini sebahagian dari riyak (menunjuk-nunjuk)." (Ibn Jauzi, Talbis Iblis, ms 179-180, Beirut: Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah)

Lebih buruk lagi, penonjolan watak yang seperti itu menjadikan Islam tidak praktikal untuk semua manusia, sebaliknya hanya untuk beberapa kerat manusia ajaib sahaja.

Demikian juga, kadang-kala buku-buku kerohanian menggambarkan untuk mendekatkan diri kepada Allah begitu sukar sehingga seakan tidak akan dicapai oleh manusia biasa.

Pengamal Islam itu seakan manusia maksum seperti malaikat. Bebas dari urusan dunia. Ini boleh mematahkan semangat orang awam dari menghayati Islam.

Padahal Nabi SAW dan para sahabah tidak demikian rupa kehidupan mereka. Sehingga Dr Yusuf al-Qaradawi mengkritik beberapa pandangan al-Imam al-Ghazali RH dengan katanya:

"Apa yang dapat difahami dari himpunan kitab-kitab sufi al-Ghazali yang mengandungi pengaruh kezuhudan yang kuat - sekalipun secara tidak langsung - bahawa insan contoh di sisi al-Ghazali dan golongan sufi secara amnya bukanlah insan yang dikenali oleh para sahabah RA, yang difahami dari al-Quran, al-Sunah dan sirah.

Insan contoh yang difahami oleh para sahabah ialah insan yang menghimpunkan antara dunia dan akhirat, antara hak dirinya dan Tuhannya, antara meningkatkan roh dan berkhidmat kepada masyarakat, antara menikmat nikmat dunia dan bersyukur kepada Allah Taala, antara beribadah dan berjalan serta bertebaran atas muka bumi mencari kurniaan rezeki-Nya, yang bekerja untuk dunia seakan hidup selamanya dan beramal untuk akhirat seakan akan mati esoknya." (Dr Yusuf al-Qaradawi, al-Imam al-Ghazali: Baina Madihih wa Naqidih, ms 164, Beirut: Muassasah al-Risalah)
Mesti bersifat alternatif
Apabila ada wartawan bertanya saya tentang; adakah ubat tertentu haram kerana kononnya ada najis tertentu, saya jawab, begitulah kita berterusan, jika asyik mencari perkara untuk dihukum haram sedangkan dalam masa kita tidak berusaha menjadi pengeluar.

Maka sempitlah umat ini dengan keputusan-keputusan haram dalam banyak perkara. Sebelum menjawab saya ingin kata: kita semua hidup dalam keadaan haram kerana selalu bergantung kepada orang lain dan tidak menunaikan fardu kifayah memerdekakan umat.

Sehingga akhirnya masyarakat dunia kata; kita hanyalah umat yang tahu mengharamkan, bukan menghasilkan produk untuk kebaikan manusia.
Dalam usaha menarik semua lapisan mendekati Islam, marilah kita mempersembahkan kepada masyarakat, Islam yang mudah dan praktikal seperti mana wajahnya pada zaman teragungnya iaitu era Nabi SAW dan para sahabah baginda.

Jika tidak, agama ini akan menjadi begitu eksklusif hanya untuk kelompok tertentu sahaja dan ditinggalkan lautan umat yang dalam kesesakan.

PROF MADYA DATUK DR MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN bekas mufti Perlis. Artikel ini pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian rasmi Malaysiakini.

tidak ditulis oleh jihan

Jumaat, 16 November 2012

macam mana nak buang akaun gmail..


To cancel a Gmail account and delete the associated Gmail address:
  • Go to Google Account Settings.
  • Open the Products page.
  • Click Edit under Your products.
  • Click Remove Gmail permanently under Delete a Product.
    • You can also choose Close account and delete all services and info associated with it to remove your entire Google account (including your search history, Google Docs, iGoogle page, AdWords and AdSense as well as other Google services).
  • Make sure Yes, I want to permanently delete example@gmail.com and remove it from my Google account. is checked.
  • Enter an email address different from the address associated with the account you are closing under New primary email address.
    • Gmail may already have entered the secondary address you used when creating the Gmail account.
    • The alternative email address becomes your new Google account user name.
    • Make sure you enter an email address to which you have access. You need that access to complete deleting your Gmail account.
  • Enter your Gmail password under Current password.
  • Click REMOVE GMAIL.
  • Open the "Gmail Removal Confirmation" email from "accounts-noreply@google.com" at the email address you specified as your new.
  • Follow the deletion link in it.
  • Type your Gmail password under Password:.
  • Click Verify.
    • Keep in mind that you cannot undo this step.
People who mail your old Gmail address will get back a delivery failure message. Make sure you announce a new or alternate old address where desired.

Selasa, 16 Oktober 2012

macamana nak "set jam pada pemain kaset clarion"






Setting the clock:

1.Press and hold the Band Button (on the left of radio)and the Clock setting button (button No:4 on the right) to display the clock.
2.Press and hold the Band button and the Clock Setting button again for 2 seconds or longer for the clock display adjustment.
3.Press the SEEK UP Button (on the right of the radio with the arrows) to set minute.
4.Press the SEEK DOWN button to set hour.
5.Press the Band button to confirm the clock setting.

Sabtu, 21 April 2012

malaysia oh malaysia..

ini adalah gambar yang diambil mengikut susunan dari kiri ke kanan di stesen erl putrajaya.







statistik yang dapat diterjemahkan disini adalah:

pertama:
25 % manusia yang sedang menunggu erl di putrajaya menuju ke kl sentral ni sibuk dengan telefon atau android tanpa peka terhadap apa yang berlaku disekeliling mereka. terlalu leka dalam dunia sendiri.

kedua:
hanya 3% atau lebih tepat lagi 2 orang yang memenuhkan masa menunggu mereka dengan membaca. syabas diucapkan kepada mereka ini. ini kerana malaysia ni memang kekurangan insan-insan yang gemar membaca. tapi sayang, dua-dua insan ini adalah wanita. mana perginya lelaki yang kaki buku ni?

ketiga:
fakta yang paling penting adalah, hanya seorang sahaja yang mengambil perhatian semasa gambar ini diambil. 

Rabu, 11 April 2012

malaysia oh malaysia..

biar gambar berbicara..






Rabu, 1 Februari 2012

Pertunjukan fesyen dan selulit di pasar malam presint 2, putrajaya.

            semalam seperti biasa, aku menjengah ke pasar malam di depan pejabat. mengidam nak makan nasi goreng cendawan abang lori yang bagi aku sedap dan cukup rasanya. aku ingat lagi, dulu-dulu masa aku nak beli nasi goreng abang ni, pesan dan terus dapat tapi sekarang sudah kena beratur. berkat sabar dia, pelanggan dah makin ramai. tahniah dan teruskan usaha semoga bertambah rezeki.amin.

               berbalik kepada tajuk diatas, aku agak terkejut dan terkejat masa aku pergi pasar malam semalam. terkejut dengan cara pemakaian dua tiga perempuan yang aku yakin menganut agama rasmi negara. dengan selamba menyusuri arus orang ramai di pasar dengan pakai seluar pendek yang sangat singkat(bawah sikit dari pangkal peha), memang berani bagi aku. bangga tunjuk selulit kepada orang sekeliling.




aku memang perasan sangat jelingan dari makcik-makcik yang berada disekitar. tak ade rasa segan ke dalam hati minah-minah ni.? disini, aku tiada tujuan nak mengaibkan minah-minah ni(sebab tu aku tak ambil gambar muka) cuma anda telah membuat orang yang berada disekeliling menjadi tidak selesa akan kehadiran anda yang majoritinya yang berada disitu berbaju kurung dan bertudung. kalau hendak berpakaian tu, biarlah ikut keadaan dan tempat. orang macam ni kalau kita bercerita pasal aurat, memang diaorang tak ambil pusing sebab tu kita kena nasihat ikut cara moden yang dah terpahat dalam kepala diorang ni. moden lah sangat.

                      dalam pada itu ada lagi satu fesyen di pasar malam ni. fesyen 'what is your bra colour'. model fenyen ni memang aku yakin seratus peratus islam. yang paling aku tak boleh terima, boleh ke suami dia buat selamba je isterinya berpakaian sedemikian ditempat awam. ini tempat awam, bukan bilik tidur.






Ahad, 1 Januari 2012

yang pertama di 2012..

baru saja 2011 berlalu dan sekarang sudah masuk tahun yang berikutnya. banyak benda yang telah tercapai dalam tahun sebelum ini tetapi banyak juga perkara yang tidak sempat hendak dikerjakan dan disiapkan. jadi seperti biasa, kita ini sebagai manusia akan berazam untuk cuba mencapai apa yang tidak pada tahun seterusnya. 

            seperti biasa, ramai yang akan menanam hajat dan cita-cita yang baru untuk dicapai pada tahun yang baru ini. ada insan yang memang tiap-tiap tahun memasang azam tetapi hanya setakat pasang sajalah, pasal memenuhkan hajat tu , belakang kira. ada yang memang menjadikan ini sebagai hobi tahun baru bagi menghebahkan dalam 'muka buku' atau mana-mana media sosial atau peribadi. kumpulan ini pun seperti  yang pertama, buat  belakang kira. apa yang diceritakan ini berlaku pada kebanyakan insan tetapi tidak semua. kumpulan yang bijak adalah yang memasang apa yang hendak dicapai didalam hati, tanamkannya sehingga berbuah dan kongsikan hasilnya bersama rakan-rakan(jika ada sifat dermawanlah).

               disini, apa yang cuba dikongsikan adalah apa yang telah dicapai dan apatidak dicapai sepanjang tahun 2011. perkara pertama sudah semestinya apa yang menjadi minat sejati dalam diri, bola tampar. tercapai juga hajat untuk membawa pasukan bola tampar jabatan ke sukan MAKSWIP di perlis selepas tahun sebelumnya tidak dapat dilakukan. terima kasih kepada semua sahabat yang bersama berusaha.



yang kedua, akhirnya berjaya memiliki kereta idaman sejak dari zaman 'u'. walaupun kenderaan terpakai dan berhutang dengan bank. tak tahu kenapa minat sangat dengan kereta ni. tapi apa yang membuat tercetusnya rasa ingin memilikinya sejak menumpang seorang sahabat masa zaman belajar manaiki kereta ni. agaknyalah. 



ada lagi dua tiga perkara yang telah dicapai tetapi tidak begitu seronok untuk dikongsi.selain dari cita-cita yang tercapai, ada perkara besar yang terjadi dalam kalendar 2011. dan perkara yang terhebat dalam tahun tersebut adalah kelahiran cahaya mata yang ketiga, uzair razin. hari ini genap tujuh bulan si kecil ni.

6 hari

6 bulan

rasanya tiada apa lagi yang besar berlaku selain dari ini sepanjang yang aku ingat. diharapkan pada tahun yang baru ini dapat meraih segala yang dihajati. sekian.