Khamis, 20 Disember 2012

apa akan jadi jika yahudi boikot kita..

diharapkan jangan salah sangka dan terkejut dengan tajuk yang dinyatakan di atas. ini adalah sekadar apa yang tiba-tiba terfikir kerana selama ini kita terlalu asyik  dan leka dengan dunia. apa yang menguatkan semangat untuk berkongsi pendapat dan terlintas difikiran ini kerana terasa terpanggil selepas mengikuti satu video dari 'facebook'(yahudi yang punya) berkenaan kenyataan dr.hafidzi mohd nor berkenaan boikot barangan yahudi. hujah dan pendekatan yang beliau huraikan berkenaan apa yang perlu lakukan ambil sangat menarik. diharap dapatlah mengikuti apa yang dibicarakan di youtube(yahudi yang punya).

sebelum kembali kepada tajuk asal, satu soalan yang ingin difikirkan bersama, bolehkah kita memulaukan atau boikot produk yang telah kita guna(makan/pakai/guna)sejak lahir sehingga sekarang? sangat susah dan jawapan yang lebih kepada tidak. mungkin ramai yang berkata dan berpendapat yang ini adalah satu lagi 'blogger' atau penulis yang nak bercerita pasal yahudi. benar tapi pendekatan yang diambil kali ini berbeza dan diharapakan sekalian dapat faham. jadi, mari kita kembali ke tajuk asal, 'apa akan jadi jika yahudi boikot kita'.







kita semua tahu jenama barangan keperluan paling luas di malaysia adalah nestle. walaupun berpengkalan di Vevey, Switzerland, nestle adalah antara penyumbang kepada ekonomi israel. minuman berkabonat utama di malaysia, coca cola. restoran makan segera paling digemari di malaysia, McDonald's(percayalah). tiga contoh ini sangat melekat dihati orang malaysia dan umat islam khasnya. berikut adalah contoh yang dialami sendiri:

"aku ni kalau tak kena coke sehari memang tak boleh"

"aku ni tak pernah miss makan prosperity burger"

"milo ais terbaik. air coklat lain tak sedap macam milo"

pernahkah kita terfikir jika yahudi israel tiba-tiba membuat polisi yang mengatakan barangan yang dipunyai, dikuasai, didana dan yang menyokong israel tidak dibenarkan dari menjual atau berniaga di malaysia kerana menentang polisi mereka. apa akan jadi? ketidakpuashatian dihati ramai orang akan menyebabkan banyak perkara buruk akan terjadi seperti perkara yang paling mudah pastinya rusuhan akan berlaku. tidak percaya?(soalan iniakan terjawab sendiri nanti).







apabila kita mendengar tentang kempen boikot barangan yahudi, terus terlintas dihati kita 

"kalau aku sorang yang buat, bukan jadi apa pun. buat macam biasa sajalah".

selepas itu kita berfikir lagi dengan lebih dalam sambil menggunakan ilmu matematik yang kita pelajari,

"kalau 100 orang member-member aku boikot pun, tetap tak jadi ape pun. tapi kalau satu negeri aku ni boikot pun rasanya tak berkesan jugak rasanye. jangan kata negeri, aku rasa satu malaysia boikot pun, tak jejas ape kot".

beginilah realitinya cara pemikiran kita sekarang.percaya atau tidak, itulah yang perlu kita terima. berbalik kepada soalan pokok, yang mana jika yahudi israel menyekat barangannya serta produk hak milik mereka dari memasuki negara ini, bolehkah kita hidup dengan selesa?(jangan salah tanggapan pemikiran ini). dan seperti yang kita sendiri fikirkan jika kita memulaukan barangan mereka adakah mereka akan terjejas? begitu juga kita harus berfikir jika mereka memulaukan negara kita, mereka juga tidak akan rugi(kecik je malaysia ni). sebelum ada yang salah tanggapan dengan kenyataan ini ingin ditegaskan bahawa untuk kita berfikir secara waras jika ini berlaku. soalan yang ingin ditanya sekiranya berlaku:

"bolehkah kita minum OLIGO COCO CHOCOLATE MALT DRINK bagi menggantikan milo yang satu malaysia kenal dan diiktiraf disetiap menu kedai makan di malaysia?"

"bolehkah kita berhenti mengikut kehendak anak-anak yang sentiasa ingin makan di mcdonald's?"

"bolehkah pegawai besar kerajaan dan orang yang berasa kaya memakai pakaian buatan malaysia bagi menggantikan segala jenama terkenal serata dunia?"

jika kita kita boleh menjawab 'boleh' bagi semua soalan diatas, syabas diucapkan dan malaysia pasti tidak akan terjejas jika yahudi israel memulaukan kita nanti. tetapi jika kita sendiri susah hendak menerima keadaan ini, 'sendiri mahu ingatlah'.

tujuan artikel ini ditulis bukanlah hendak mengatakan yang kita tidak boleh hidup tanpa bergantung kepada produk ini tetapi kita kena belajar untuk tidak terlalu bergantung kepadanya dan boleh hidup tanpa produk dari mereka. seperti mana orang yang hendak berhenti merokok, mereka bermula dengan beransur dan bukan secara terus.

*hanya menulis apa yang terfikir..

Tiada ulasan: