Sabtu, 23 Julai 2011

harimau di gegarkan singa.. singapura vs malaysia


baru sahaja selesai menonton pasukan kebanggaan aku menentang singapura. mula-mula aku nak ucap tahniah buat malaysia kerana dapat merapatkan jurang gol. walaupun tewas, aku merasa bangga dengan semangat juang tinggi yang ditunjukkan oleh anak buah 'd.rajagopal'. banyak yang dapat diperkatakan dengan persembahan malaysia pada malam ini. ada yang positif dan tak terlanjur kata banyak yang negatif. masing-masing punya pendapat yang berbeza dan bergantung kepada dari sudut mana kita melihat sesuatu itu dan apa yang nak aku ceritakan pada edisi ini, tentulah bola sepak.

malam ini bagi aku pemain yang aku puji, tentunya 'amirul hadi'. cara permainan dia sejak mula kemunculan sebagai pemain kebangsaan lagi memang aku tabik walaupun dia agak 'berangin', sekali sekala. dengan kemasukan dia bagi aku telah merubah permainan malaysia yang seakan lesu tanpa sayap.aku sebenarnya sedikit kecewa mengapa dia tidak dimasukkan dari awal tetapi mungkin rajagopal ada percaturan sendiri. pada awal permainan, ramai  pemain yang pada aku lebih berkualiti yang mampu menghadapi tekanan tidak dimasukkan. mungkin atas alasan kecederaan atau taktikal semata-mata. tetapi permainan malaysia di separuh masa kedua memang teratur dan kemas.


tetapi apa yang sangat-sangat mengecewakan aku yang lebih pedih dari si no.9 yang tak dapat nak menjaringkan gol bila mana hanya berdepan dengan penjaga gol singapura(kerana sebagai pemain profesoional itu adalah peluang 100% gol, bukan baru nak belajar) adalah sarbini alawi. memang ramai yang mengharapkan khairul fahmi yang bermain malam ini tetapi kita mesti ingat khairul fahmi sedang menggalas tugas yang tak kurang besarnya, kelayakan olimpik. bagi aku, sarbini tiada kesefahaman dengan pemain pertahan. sikapnya yang aku nampak suka sangat terjerit-jerit kepada rakan sepasukan sangat-sangat kurang profesional. berbeza dengan khairul fahmi yang lebih tenang walaupun pemain pertahan membuat kesilapan. bagi aku semua gol singapura adalah gol yang sangat-sangat mudah. ada tiga gol yang membuatkan aku sangat bengang pada si mamat ni. dua gol dari sepak percuma yang menampakkan dia tiada kesungguhan untuk menampan dan jelas dia sendiri dalam keadaan yang tidak bersedia(tidur ke?). satu lagi gol ke-4 yang sepatutnya dia bertindak untuk berusaha untuk menangkap bola kerana tiada lagi pemain pertahanan untuk membantu ketika itu. rasa bengang dan geram melihat betapa mudahnya malaysia dibolosi.


bagi aku, pangadil pada malam ini memang patut diberi pujian kerana menjalankan tugas dengan baik walaupun ada terdapat keputusan yang dipertikaikan seperti melayangkan kad merah pada kapten malaysia, safiq rahim. bagi aku keputusan itu tepat kerana kalau dilihat dari sudut mana sekalipun, terjahan itu amat merbahaya dan ditambah lagi dalam keadaan ketiadaan bola dikaki pada masa itu. itu pendapat aku, dan bukan nak memihak kepada singapura.apapun bagi aku kapten malaysia adalah pemain yang aku nampak paling bersungguh-sungguh pada malam ini. tahniak aku ucapkan.

Rabu, 20 Julai 2011

buku yang terbaca "How to Win Friends and Influence People"

baru ni, tiada apa nak buat semasa terpaksa bertugas diluar pejabat, terbacalah satu buku ni " how to win friends and influence people".  terma 'terbaca' yang digunakan adalah kerana mengakui kurangnya minat membaca dalam diri dan benda ni terjadi secara tak disengajakan. dan nak dijadikan cerita, buku ni sudah dialih bahasa dalam bahasa melayu dan dengan bahasa yang mudah difahami. ikhlas, buku ini sangat menarik dan banyak ilmu pasal manusia dan kehidupan seharian kita sebagai manusia boleh dipelajari dan dapat diperhalusi. pada mulanya, pada pendapat peribadi, buku ini sangat sesuai untuk majikan dan bos-bos yang selalu sangat mengkritik tentang keadaan sekeliling tetapi apabila sudah habis dibaca, buku ini sangat sesuai untuk semua manusia yang sudah pandai membaca dan memahami apa yang dibaca.

sebenarnya, banyak buku-buku seperti ini dipasaran, tetapi berlainan dengan buku ini adalah contoh kes dan penerangan yang dibuat dan diambil adalah kes dan cerita hidup sebenar yang boleh dijadikan iktibar. dari apa yang diperolehi dan belajar dari buku ini adalah:

"semua orang tak kira dari apa latar belakang dan pendidikan, mempunyai idea dan pendapat sendiri yang hebat, tetapi hanya yang benar-benar hebat mampu menyampaikan idea mereka dan membuat orang disekeliling untuk mendengar dan menerimanya dengan senang."
disini , ada beberapa sedikit ringkasan dari buku yang dipetik dari 'wikipedea':


Dua belas Perkara Yang Dihuraikan Dalam Buku Ini:
1.Mengeluarkan kamu dari lubang mental, memberi pemikiran baru, visi baru, cita-cita baru.
2.Membolehkan anda untuk membuat rakan-rakan dengan cepat dan mudah.
3.Meningkatkan populariti anda.
4.Bantuan anda untuk memenangi orang kepada cara pemikiran anda.
5.Meningkatkan pengaruh, prestij, keupayaan anda untuk mendapatkan perkara yang           dilakukan.
6.Membolehkan anda untuk memenangi pelanggan-pelanggan baru.
7.Meningkatkan kuasa penghasilan.
8.Membuat anda jurujual yang lebih baik, seorang eksekutif yang lebih baik.
9.Membantu anda untuk mengendalikan aduan, mengelakkan hujah-hujah, menjagahubungan manusia anda lancar dan menyenangkan.
10.Menjadikan anda seorang penceramah yang lebih baik, pandai bercakap-cakapyang lebih menghiburkan.
11.Prinsip-prinsip psikologi mudah bagi anda untuk memohon dalam kenalan harian anda.
12.Bantuan anda untuk membangkitkan semangat di kalangan sekutu anda.



Isnin, 18 Julai 2011

Dari e-mail ke e-mail - Perbezaan anda dan bos.

ME and MY BOSS 

When I Take a long time to finish, 
I am slow, 
When my boss takes a long time, 
he is thorough 

When I don't do it, 
I am lazy, 
When my boss does not do it,
 
he is busy, 

When I do something without being told, 
I am trying to be smart, 
When my boss does the same, 
he takes the initiative, 

When I please my boss, 
I am apple polishing, 
When my boss pleases his boss,
 
He is cooperating
, 

When I make a mistake, 
I' am an idiot.

When my boss makes a mistake, 
He's only human. 


When I am out of the office,
I am wondering around.

When my boss is out of the office, 
He's on business. 


When I am on a day off sick,
I am always sick.

When my boss is a day off sick, 
He must be very ill. 


When I apply for leave,
I must be going for an
 interview .
When my boss applies for leave,
it's because he's overworked 

When I do good,
my boss never remembers, 
When I do wrong,

He never forgets 

what to do?