baru sahaja selesai menonton pasukan kebanggaan aku menentang singapura. mula-mula aku nak ucap tahniah buat malaysia kerana dapat merapatkan jurang gol. walaupun tewas, aku merasa bangga dengan semangat juang tinggi yang ditunjukkan oleh anak buah 'd.rajagopal'. banyak yang dapat diperkatakan dengan persembahan malaysia pada malam ini. ada yang positif dan tak terlanjur kata banyak yang negatif. masing-masing punya pendapat yang berbeza dan bergantung kepada dari sudut mana kita melihat sesuatu itu dan apa yang nak aku ceritakan pada edisi ini, tentulah bola sepak.
malam ini bagi aku pemain yang aku puji, tentunya 'amirul hadi'. cara permainan dia sejak mula kemunculan sebagai pemain kebangsaan lagi memang aku tabik walaupun dia agak 'berangin', sekali sekala. dengan kemasukan dia bagi aku telah merubah permainan malaysia yang seakan lesu tanpa sayap.aku sebenarnya sedikit kecewa mengapa dia tidak dimasukkan dari awal tetapi mungkin rajagopal ada percaturan sendiri. pada awal permainan, ramai pemain yang pada aku lebih berkualiti yang mampu menghadapi tekanan tidak dimasukkan. mungkin atas alasan kecederaan atau taktikal semata-mata. tetapi permainan malaysia di separuh masa kedua memang teratur dan kemas.
tetapi apa yang sangat-sangat mengecewakan aku yang lebih pedih dari si no.9 yang tak dapat nak menjaringkan gol bila mana hanya berdepan dengan penjaga gol singapura(kerana sebagai pemain profesoional itu adalah peluang 100% gol, bukan baru nak belajar) adalah sarbini alawi. memang ramai yang mengharapkan khairul fahmi yang bermain malam ini tetapi kita mesti ingat khairul fahmi sedang menggalas tugas yang tak kurang besarnya, kelayakan olimpik. bagi aku, sarbini tiada kesefahaman dengan pemain pertahan. sikapnya yang aku nampak suka sangat terjerit-jerit kepada rakan sepasukan sangat-sangat kurang profesional. berbeza dengan khairul fahmi yang lebih tenang walaupun pemain pertahan membuat kesilapan. bagi aku semua gol singapura adalah gol yang sangat-sangat mudah. ada tiga gol yang membuatkan aku sangat bengang pada si mamat ni. dua gol dari sepak percuma yang menampakkan dia tiada kesungguhan untuk menampan dan jelas dia sendiri dalam keadaan yang tidak bersedia(tidur ke?). satu lagi gol ke-4 yang sepatutnya dia bertindak untuk berusaha untuk menangkap bola kerana tiada lagi pemain pertahanan untuk membantu ketika itu. rasa bengang dan geram melihat betapa mudahnya malaysia dibolosi.
bagi aku, pangadil pada malam ini memang patut diberi pujian kerana menjalankan tugas dengan baik walaupun ada terdapat keputusan yang dipertikaikan seperti melayangkan kad merah pada kapten malaysia, safiq rahim. bagi aku keputusan itu tepat kerana kalau dilihat dari sudut mana sekalipun, terjahan itu amat merbahaya dan ditambah lagi dalam keadaan ketiadaan bola dikaki pada masa itu. itu pendapat aku, dan bukan nak memihak kepada singapura.apapun bagi aku kapten malaysia adalah pemain yang aku nampak paling bersungguh-sungguh pada malam ini. tahniak aku ucapkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan