Khamis, 29 April 2010

masjid disekeliling kita (MDK)#1..














salam..
kalau kerjanya di putrajaya, maka masjid pertama mestilah masjid putra, putrajaya.dulu kalau pergi jalan-jalan di putrajaya sebelum bertugas di sini, masjid ni dah jadi tempat wajib untuk singgah. kalau tak lupa, pertama kali pergi ke sini pada bulan ramadan, tahun tak ingat tapi sebelum kahwin. masa bujang dulu kalau nak berbuka, mesti pergi masjid. sebab utama nak jimat, tapi kepada sesiapa yang tak pernah berbuka beramai-ramai di masjid, makanan dia memang sedap. ini bukan cerita pasal "perut lapar, hentam sajalah" tapi makanan di masjid memang sedap. ini terbukti apabila pernahla bawa balik dua tiga bungkus makanan lebih dari masjid untuk tujuan sahur(jimat lagi), rasa dia memang sedap macam makan semasa berbuka sebelumnya.














cerita sikit pengalaman semasa berbuka puasa di sini, satu yang digemari adalah cara berbuka di sini pada pendapat peribadi cukup teratur. semasa azan maghrib untuk berbuka, hanya air, kurma dan sedikit kuih muih dihidangkan. selepas solat maghrib, barulah makanan berat seperti nasi disajikan, berbeza dari masjid lain yang pernah disinggahi.

Isnin, 26 April 2010

fakta menarik..


ni ada sesuatu fakta yang menarik yang hendak dikongsikan bersama. mungkin ramai orang sudah mengetahuinya..(http://www.kenrockwell.com)

"Caffeine is an addictive drug called 1,3,7-trimethylxanthine by scientists. It has the same effects and addictive qualities as its sister drug, cocaine. Coffee and cola products come from the same fields in Central America. Coca-Cola is named after the first four letters of cocaine."

patutla kebanyakan orang yang minum coca cola ni susah nak berhenti.(syukur, dah lebih setahun tak beli dan minum coca cola - sebab tak nak jadi penyumbang untuk kaum pemusnah)jihad-kerana ALLAH.
ramai kawan-kawan terdekat mengakui hakikat yang susah nak berhenti minum coca cola ni. ni cuma kajian rambang yang dibuat sendiri dan tidak diiktiraf oleh mana-mana pihak pun tapi rasanya ramai yang setuju. satu lagi contoh yang boleh menguatkan lagi fakta ini, mengapa kebanyakan orang boleh berhenti minum berkabonat yang lain dengan mudah dengan hanya mendengar satu keburukan sahaja. contohnya, ada seorang kenalan rapat, berhenti minum pepsi selepas mendengar khabar(dari e-mail) yang terdapat mayat dijumpai dalam tangki penyimpanan minuman ini disalah satu kilangnya(tak tahu pun kilang tu di negara mana). satu lagi contoh, berhenti membeli minuman berkabonat keluaran FnN setelah perkara yang sama berlaku dikilang itu. tak tahu dimana kebenaran dari dua contoh diatas. tapi apa yang mahu dijelaskan disini adalah betapa mudahnya untuk berhenti minum minuman berkabonat yang lain tetapi tidak untuk coca cola. fikirkanlah..

Selasa, 20 April 2010

masjid disekeliling kita (MDK)

ni adalah projek terbaru. di sini akan diletakkan foto-foto masjid yang pernah singgah untuk menunaikan solat. secara peribadinya juga akan menceritakan keunikan tempat ibadah ini. jadi nantikan ceritanya..

Rabu, 14 April 2010

Masjid dimana sahaja..


suboh
- 2 rakat je, tak susah pun. ni lebih baik dari senaman pagi siap dapat pahala lagi. senang je tak susah pun..

Rusa yang hampir pupus...


ni la dia rusa yang hampir pupus yang dimaksudkan. apa? ingat rusa lain ke? secara ikhlas dari hati, minat juga pada van ni, ada la terdetik di hati nak beli sebab nak buat duit lebih sikit. harga(price) rusa ni yang paling murah pernah ditawarkan RM 7000.00(boleh jalan tapi keadaan luar tak cantik(kemik sana sini). ni ada satu cerita nak dikongsikan pasal rusa ni. adalah satu kali pergi ke satu ipta di jalan semarak. nampak la satu rusa ni, dia punya kemasan sederhana tapi cantik keseluruhan terjaga. tengok-tengok tak sampai 5 minit, tuan punya datang, perempuan. pada masa tu tak nampak macam van tapi mpv. tu la detik dan ketikanya jatuh cinta pada binatang besi ni. tapi berdasarkan tulisan ni jangan bayangkan rusa tu cantik sangat. seperti yang ditulis sebelum ini, sederhana tapi cantik.

wuhai, kereta dia...