salam..
kalau kerjanya di putrajaya, maka masjid pertama mestilah masjid putra, putrajaya.dulu kalau pergi jalan-jalan di putrajaya sebelum bertugas di sini, masjid ni dah jadi tempat wajib untuk singgah. kalau tak lupa, pertama kali pergi ke sini pada bulan ramadan, tahun tak ingat tapi sebelum kahwin. masa bujang dulu kalau nak berbuka, mesti pergi masjid. sebab utama nak jimat, tapi kepada sesiapa yang tak pernah berbuka beramai-ramai di masjid, makanan dia memang sedap. ini bukan cerita pasal "perut lapar, hentam sajalah" tapi makanan di masjid memang sedap. ini terbukti apabila pernahla bawa balik dua tiga bungkus makanan lebih dari masjid untuk tujuan sahur(jimat lagi), rasa dia memang sedap macam makan semasa berbuka sebelumnya.
cerita sikit pengalaman semasa berbuka puasa di sini, satu yang digemari adalah cara berbuka di sini pada pendapat peribadi cukup teratur. semasa azan maghrib untuk berbuka, hanya air, kurma dan sedikit kuih muih dihidangkan. selepas solat maghrib, barulah makanan berat seperti nasi disajikan, berbeza dari masjid lain yang pernah disinggahi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan