Rabu, 5 Mei 2010

3 majlis dalam 3 hari.. fuh..

jumaat(30 april 2010)
ni majlis pertama. tempat berlangsungnya majlis ni di negeri "ganu kite" dan lebih tepat lagi di kemaman. lepas sembahyang jumaat lebih kurang pukul 2.30 petang bertolak ke sini dari kampung baru gebeng. rombongan 9 buah kereta yang terdiri dari ahli keluarga terdekat sahaja. majlis di sini diadakan secara sederhana sahaja tetapi teratur. di sini kurang lebih 530 gambar telah diambil. kebanyakan gambar diambil didalam rumah dan kebanyakannya kurang menjadi kerana cahaya yang agak kelam didalam kediaman ini. jadi tiada satu gambar pasangan pengantin yang benar-benar menarik dapat diambil. terdapat satu gambar yang menjadi kegemaran iaitu ketika pengantin berarak menuju ke rumah persandingan. ini adalah pendapat peribadi..


sabtu(1 mei 2010)
majlis kedua pula berlangsung di chini. kedua-dua pasangan pengantin ni dari dari tempat yang sama. jadi tak banyak masalah sangat. disini, banyak gambar yang boleh dikatakan menarik kerana cuaca seakan membantu, syukur. ini dibantu lagi dengan pelamin raja sehari ini yang ditempatkan diluar rumah dan bukannya di dalam. jadi tiada lampu diperlukan. pada majlis ini terdapat satu lagi jurugambar yang turut terlibat tetapi hanya khusus untuk majlis persandingan sahaja. dan seperti biasa, terdapat satu gambar yang menjadi kegemaran. gambar yang dimasudkan adalah gambar dimana pengantin perempuan sedang bercakap di telefon. gambar ini pada pendapat peribadi sangat menarik dan tiada ubahsuai(edit) dilakukan keatas gambar ini.


ahad(2 mei 2010)
ini adalah majlis ketiga yang berlangsung di tangkak(menyambut menantu). pasangan pengantin dari segamat, kurang lebih 50km sahaja. tidak jauh sangat rasanya. kebanyakan gambar yang diambil disini menjadi dan rasa puas kerana telah banyak belajar dari dua majlis sebelumnya. satu perkara menarik yang dilakukan pada majlis ini, tetamu yang datang diberikan "berkat" sebelum pulang. bayangkan betapa banyak tu. berkat selamat. gambar yang menjadi pilihan pada majlis ini adalah dimana pengantin lelaki sedang bersembang bersama rakan-rakan sebelum perarakan bersama kumpulan kompang.

Tiada ulasan: