rasanya semua kenal gambar yang tertera diatas. semua tau yang lif ni salah satu kemudahan yang banyak memberi kesenangan pada semua manuasi untuk naik dan turun dari bangunan tinggi. kita selalu diingatkan untuk memberi peluang kepada mereka yang keluar dulu sebelum kita masuk, itu salah satu etika yang selalu ditekankan. tapi apa yang nak disampaikan pada cerita ini bukan pasal masuk atau keluar, tetapi semasa berada didalam lif itu sendiri.
apabila terbuka saja pintu lif, semua akan berduyun masuk. dari pengalaman menggunakan lif ni, kalau terpaksa berkongsi dengan perempuan memang banyak masalah. masalah ni bukan lah sesuatu yang besar tapi sedikit memeningkan kepala. kalau lelaki(kebanyakannya) apabila masuk sahaja ke dalam lif, tekan butang dan terus kebelakang bagi membenarkan orang dibelakang masuk dan menekan butang tetapi tidak bagi kaum hawa ni. mereka akan masuk, tekan butang dan duduk betul-betul di depan tempat butang tu dan menghalang orang lain untuk menekang butang. pernah satu ketika(dari pengalaman) ada satu mamat kat belakang cuba nak menekan butang tapi disalah sangka untuk meraba. dalam kes ni, perempuan tu membuat muka yang pelik pasal ingat nak kena raba dan dalam hal ni mamat yang tak bersalah(yang hanya nak menekan butang lif) menjadi mangsa spekulasi. jeng jeng jeng...
kepada semua pengguna lif terutamanya perempuan/hawa/wanita dan seangkatan dengannya,
janganlah menghalang tempat dimana beradanya butang lif itu, sama ada kiri..
atau kanan..
jadilah pengguna lif yang berhemah.
*ps: tegur-tegurlah jiran-jiran yang tinggal satu blok dengan anda ketika berada didalam lif.
1 ulasan:
aku dok depan sebab senang nak kuar..
Catat Ulasan