Jumaat, 29 Julai 2011

harimau dibaham singapura - malaysia vs singapura


aku sedih tengok perlawanan semalam, pasal malaysia kalah. aku tak tahu nak cakap macamana. nak kata apa selain dari bola itu bulat. apa pun pujian patut diberikan kepada harimau malaya kerana berjaya memberi tentangan yang sengit yang membuatkan sang singa banyak berdrama daripada bermain bola. syabas kepada pelakon pelakon daripada republik seberang kerana kalaulah ada anugerah pelakon terbaik dan sebagainya, sudah tentu semua ini disapu bersih oleh pemain singapura. tapi satu pemain singapura yang mungkin tidak menang anugerah ini ialah penjaga golnya. mungkin dia kena masuk lebih banyak kelas lakonan kerana lakonannya kaku.tahniah sekali lagi.

pujian yang paling tinggi aku berikan kepada khairul fahmi(apek) kerana menjadi benteng paling kebal dalam perlawanan semalam. kalau tak kerana si apek ni, mungkin 4 atau 5 gol akan dibolosi oleh singapura. apek pada aku menunjukkan kematangan dan ketenangan yang tinggi dalam tempoh perlawanan yang bagi aku tegang. aku yakin kalaulah malaysia ini berada di kedudukan bawah 70 dunia, pasti ramai kelab-kelab luar dari eropah akan menawarkan kontrak yang bakal menjadikan apek pemain terkaya di malaysia. aku yakin.buat apek, "kalau aku jumpa dia kat mana-mana, dari atas sampai bawah aku nak suruh dia sain".
tahniah apek
tahniah apek
tahniah apek

bagi aku seorang lagi yang patut diberikan pujian adalah penyerang berbisa negara, safee sali. satu sahaja peluang yang dimilikinya semalam dan peluang itu terus dijadikan gol. tahniah. kalaulah safee mempunyai peluang yang lain pasti dia akan dapat menjaringkan lebih banyak gol. 

sebenarnya bagi aku, perkara terpenting yang menjadikan perlawanan semalam bagai hilang punca adalah ketiadaan safiq rahim. memang seharusnya kita semua mengakui bahawa dia adalah perancang terbaik yang dimiliki oleh malaysia sekarang. kehilangan dia pada malam semalam memang cukup-cukup dirasai oleh pasukan kerana tiada gerakan berbisa yang pada perlawanan semalam.

kesimpulan dari perlawanan semalam, purata pemain malaysia masih lagi muda dan saya percaya mereka masih berpeluang untuk menjadikan piala dunia 2018 sebagai sasaran seterusnya dan jangan kita lupa, kita masih ada satu lagi kelayakan yang kita kejar sekarang, sukan olimpik. jadikan ia sebagai sasaran baru kita dan jangan kita pandang kebelakang lagi. malaysia pasti boleh. 

Tiada ulasan: