Khamis, 27 Mei 2010

apa cerita johor bahru..

25 mei 2010

ini adalah tugasan pertama keluar dari negeri selangor. tugasan 2 hari ni ke bandar johor bahru untuk nilai harta orang kaya yang bungkus akibat banyak hutang. kalau disebut nama, rasanya ramai orang di lembah klang kenal rasanya. bertolak dari pejabat 2.30 petang bersama seorang pegawai yang ditugaskan untuk kes ini. sampai pukul 7.30 petang.



ini adalah pandangan dari dalam bilik hotel di tingkat 13 no.1344. memang susah kalau ambik tak pakai tripod. ni pun 5 kali 'shoot', tu pun tak berapa jelas.ditambah pula dengan cermin bilik ni tak boleh dibuka, jadi ada sikit 'bayangan gurauan'.

26 mei 2010

ini dia nama hotel amerika tempat menginap semalam. gambar ni kabur(blur) secara semulajadi pasal tak perasan lensa berwap akibat 'aircond'. bengang je rasa pasal pemandangan belakang tu hilang.

dari hotel ke kilang tu ambil masa dalam 20 minit. disinilah cerita yang hendak dikongsi bermula.
pertama, cerita pasal bos kilang. orang kaya ni, walaupun muflis tetap kaya raya dan masih hidup dalam kemewahan. bayangkan, walaupun kilang ni sudah tutup dan segala peralatannya sudah diambil alih, dia masih boleh buat duit. caranya, iklankan mesin untuk dijual. bawa pembeli tengok barang yang hendak dijual(kilang dan mesin masih dimiliki tetapi dia tidak ada kuasa untuk buat apa-apa pasal dah kena sita). pembeli setuju. 10% pendahuluan(bayaran dalam 'us dollar'.pembeli dari amerika tu)setelah perjanjian dibuat. cabut lari la lepas tu. kes tamat 'pengencingan berjaya'.

ini pula cerita kedua dari kilang ni. kisah diceritakan oleh 'pegawai sita' yang datang bersama pada hari tersebut. katanya, semasa mereka datang untuk menyita kilang ni, kebanyakan pekerja kilang yang terdiri dari makcik-makcik yang tak tahu apa-apa masih datang bekerja seperti biasa walaupun difahamkan mereka sudah 2 bulan tak dapat gaji. mereka tak tahu pun yang kilang tu sudah bungkus. sedih juga mendengarnya.


kalau dapat diperhatikan dalam gambar ini, ada kelibat manusia yang sedang melompat dari mesin ke mesin. dia ni dahulu salah seorang bekas pekerja bahagian mesin dikilang ni. dengan imej berseluar apek dan menaiki motor kapcai, dia adalah seorang usahawan yang sangat berjaya. penternak ayam dan itik kampung. difahamkan dia ni mempunyai sebuah 'perdana'.sesuatu yang bagus ada pada usahawan ni yang boleh dicontohi adalah sifat rendah diri yang ada padanya.

Khamis, 20 Mei 2010

Sepang International Circuit

the entrance..


the counter..


the circuit..




the race..


the pit stop..


the finish line..


the team..

Selasa, 11 Mei 2010

piala dunia 2010..

piala dunia sudah kembali, dan seperti biasa pasukan pilihan pastinya argentina.. don't make me cry argentina'.. anda bagaimana...
ni ade sikit cerita dongeng yang agak logik yang hendak diceritakan..."dahulu kala semasa tahun 1978, maradona tak main lagi untuk argentina semasa argentina menang tahun tersebut. bapa saya dan maradona ni sahabat baik, kalau tak percaya tanya bapa saya, dia mesti kenal maradona tapi janganla tanya maradona pasal susah nak jumpa dia. semasa tahun 1979 iaitu tahun saya dilahirkan dan kerana keakraban bapa saya dan maradona, bapa saya letak la nama 'sharomaradona' kepada anak sulongnya. tapi maradona menyatakan pendapat kepada bapa saya yang tak perlula terlalu 'extreme' sangat. jadi bapa saya letakla nama 'sharoramadan' sempena bulan ramadan. sekian"

Rabu, 5 Mei 2010

3 majlis dalam 3 hari.. fuh..

jumaat(30 april 2010)
ni majlis pertama. tempat berlangsungnya majlis ni di negeri "ganu kite" dan lebih tepat lagi di kemaman. lepas sembahyang jumaat lebih kurang pukul 2.30 petang bertolak ke sini dari kampung baru gebeng. rombongan 9 buah kereta yang terdiri dari ahli keluarga terdekat sahaja. majlis di sini diadakan secara sederhana sahaja tetapi teratur. di sini kurang lebih 530 gambar telah diambil. kebanyakan gambar diambil didalam rumah dan kebanyakannya kurang menjadi kerana cahaya yang agak kelam didalam kediaman ini. jadi tiada satu gambar pasangan pengantin yang benar-benar menarik dapat diambil. terdapat satu gambar yang menjadi kegemaran iaitu ketika pengantin berarak menuju ke rumah persandingan. ini adalah pendapat peribadi..


sabtu(1 mei 2010)
majlis kedua pula berlangsung di chini. kedua-dua pasangan pengantin ni dari dari tempat yang sama. jadi tak banyak masalah sangat. disini, banyak gambar yang boleh dikatakan menarik kerana cuaca seakan membantu, syukur. ini dibantu lagi dengan pelamin raja sehari ini yang ditempatkan diluar rumah dan bukannya di dalam. jadi tiada lampu diperlukan. pada majlis ini terdapat satu lagi jurugambar yang turut terlibat tetapi hanya khusus untuk majlis persandingan sahaja. dan seperti biasa, terdapat satu gambar yang menjadi kegemaran. gambar yang dimasudkan adalah gambar dimana pengantin perempuan sedang bercakap di telefon. gambar ini pada pendapat peribadi sangat menarik dan tiada ubahsuai(edit) dilakukan keatas gambar ini.


ahad(2 mei 2010)
ini adalah majlis ketiga yang berlangsung di tangkak(menyambut menantu). pasangan pengantin dari segamat, kurang lebih 50km sahaja. tidak jauh sangat rasanya. kebanyakan gambar yang diambil disini menjadi dan rasa puas kerana telah banyak belajar dari dua majlis sebelumnya. satu perkara menarik yang dilakukan pada majlis ini, tetamu yang datang diberikan "berkat" sebelum pulang. bayangkan betapa banyak tu. berkat selamat. gambar yang menjadi pilihan pada majlis ini adalah dimana pengantin lelaki sedang bersembang bersama rakan-rakan sebelum perarakan bersama kumpulan kompang.