Rabu, 2 Oktober 2013

minggu 4 (25/9/2013 - 1/10/2013)

minggu ni mula dengan hari pertama yang masih lagi dalam tempoh rehat dari kecederaan di lutut yang masih belum sembuh sepenuhnya. berat badan 73kg dan badan rasa lebih segar dan 'ringan'. masih lagi makan habbatus sauda seperti biasa.


  1. 16.52 minit
  2. 15.52 minit
  3. 15.51 minit
  4. rehat
  5. rehat
  6. 6.01 minit - free jog ( 2 pusingan)
  7. 6.53 minit - free jog ( 2 pusingan)




untuk 4 minggu sesi larian yang dibuat, bolehlah diringkaskan dengan carta diatas. secara asasnya ia berjaya membuat badan rasa cergas dan ringan walaupun tak berjaya nak buat masa di bawah 15 minit seperti yang dirancang pada peringkat awal.

Selasa, 24 September 2013

minggu 3 (18/9/2013 - 24/9/2013)

berat badan permulaan masih sama, 74kg. lelah sudah kurang dan tidak perlu ambil gas selepas lari. minggu ni juga mula makan habbatus sauda, RM7.50 je.

  1. 18.27 minit (lutut mula buat masalah)
  2. 21.40 minit (lutut sakit)
  3. rehat (sakit lutut)
  4. rehat (sakit lutut)
  5. 17.52 minit
  6. 16.53 minit (lutut mula sakit)
  7. rehat


di akhir minggu ini, berat sudah turun 1kg, lelah sudah makin hilang dan yang paling bagus, dua ketul batu karang keluar masa kencing. ini mungkin sebab habbatus sauda sudah mula bekerja untuk menyihatkan badan. syukur pada Pencipta Sekalian Alam.

Rasulullah bersabda : “Tidak ada satupun penyakit melainkan di dalam habbatus sauda’ terdapat kesembuhan baginya, kecuali kematian.” (HR. Muslim)

Rabu, 18 September 2013

minggu 2 (11/9/2013 - 17/9/2013)

'my new running gear'
'time gear, from mydin(RM15)'

berat badan mula bagi minggu ini, 74kg. cara pemakanan masih macam biasa tanpa melakukan apa-apa perubahan dalam diet cuma lebih banyak minum air suam.
  1. 20.02 minit + 10 push-up
  2. 20.40 minit + 10 push-up
  3. balik kampung
  4. balik kampung
  5. balik kampung
  6. 21.11 minit + 40 sit-up
  7. 19.03 minit + 40 sit-up

Selasa, 10 September 2013

carta kecergasan minggu 1(4/9/2013-10/9/2013)

bermula dengan berjalan (laju) 5 pusingan balapan (lorong yang paling luar) dengan permulaan berat badan 74kg( BMI sudah ledih daripada normal). sasaran selepas ini adalah untuk berlari dengan menambah jarak larian secara beransur. berikut adalah keputusan selepas tamat minggu pertama hari ini.

  1. tiada catatan
  2. 25.00 minit (tiada larian)
  3. 23.00 minit 
  4. 22.00 minit
  5. rehat (kaki melecet)
  6. 21.13 minit
  7. 20.40 minit